More
    Home Sarawak Limbang Pesta Badudun harus diteruskan bagi mengekalkan budaya masyarakat Melayu Sarawak kepada generasi...

    Pesta Badudun harus diteruskan bagi mengekalkan budaya masyarakat Melayu Sarawak kepada generasi akan datang

    LIMBANG, 23 MEI 2023 (SNN): Setiap tahun masyarakat di Limbang secara tradisi menganjurkan pesta yang dikenali sebagai Pesta Badudun dan Lumba Kerbau sebagai lambang buadaya masyarakat khususnya kaum Melayu.

    Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Fadillah Yusof memberitahu, penganjuran pesta seperti ini pada setiap tahun membawa makna yang besar terutama memperkenalkan imej budaya masyarakat Melayu kepada orang luar.

    “Selain itu, Limbang yang sinonim dengan haiwan ternakan kerbau turut menjadi perhatian para pelancong dari luar yang datang menyaksikan acara lumba kerbau berkenaan yang mana kedua-duanya (pesta ini) wajar dikekalkan agar budaya dan tradisi ini dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang.

    “Tidak hanya itu, dengan penganjuran pesta seperti ini juga secara tidak langsung dapat menjalinkan ukhwah antara masyarakat pelbagai kaum di negeri ini khususnya di kawasan Limbang,” kata beliau ketika berucap merasmikan Pesta Badudun dan Lumba Kerbau di Kampung Lubok Sigantang, Limbang pada Sabtu.

    YAB Timbalan Perdana Menteri turut menyempurnakan Majlis Melepaskan Lumba Kerbau dan badudun ke sulap-sulap kampung.-Kredit gambar Pusat Khidmat DUN Bukit Kota

    Tambah Ahli Parlimen Petrajaya itu lagi, memelihara imej buadaya masyarakat Melayu Sarawak amat memberi makna yang besar kepada kita sebagai orang Melayu lagi-lagi apabila setiap kali diadakan pesta ataupun perayaan kita akan mempamerkan pakaian dan tradisi masyarakat Melayu.

    Turut hadir sama isteri Timbalan Perdana Menteri; Datin Sri Ruziah Mohamad Tahir, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Malaysia P221 Limbang; Datuk Haji Hasbi Haji Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N79 Bukit Kota Limbang; Datuk Dr Haji Abdul Rahman Haji Ismail serta Datin Hajah Dayang Maimunah Haji Awang Mohamad Daud, Ahli Parlimen Malaysia P222 Lawas; Dato Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang; Haji Unus Haji Tambi dan Pengerusi Persatuan Melayu Limbang; Haji Mohamad Haji Abu Bakar.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak guna teknologi terkini fokus jana ekonomi berteraskan air

    0
    KUCHING, 23 OKTOBER 2024: Sarawak kini memberi tumpuan kepada pengurusan air yang mampan serta penggunaan teknologi terkini dalam usaha memperkukuhkan ekonomi berteraskan air. Premier Sarawak,...