More
    Home Sarawak Kuching PESAN AHMAD ZAIDI, KOLEJ FIGHTER KENTAL DI UNIVERSITI TERTUA MALAYA, BERAS NAIK...

    PESAN AHMAD ZAIDI, KOLEJ FIGHTER KENTAL DI UNIVERSITI TERTUA MALAYA, BERAS NAIK HARGA

    KUCHING, 03 SEPTEMBER 2023 (SNN): Nusawan adalah istilah untuk pejuang sejati anak watan yang mempertaruhkan jiwa raga di segenap pelusuk darah.

    Dedikasi ini adalah sempena 60 tahun Sarawak bersama Malaysia. Dari pandang tokoh Tun Ahmad Zaidi. Dan mengalir dari sungai perjuangan bernama tanah air, Darul Kurnia yang diwarisi daripada datok nenek, Pak Tua dan Mak Tua yang mengunyah sireh kehidupan dari balairong seri Astana Datuk Marapati.

    Dan merdeka itu setelah kita melepaskan sauh kehambaan kepada Pencipta. Dan berdayung sampan jati diri dengan tenang; mudit dari muara ke hulu. Dan melahirkan lebih ramai nusawan di setiap lapangan masyarakat.

    Rahsia Besar Yang Cuba Ditutup

    31 Ogos satu gerak catur daripada kertas blueprint penjarah. Kolonial menutup pelbagai dimensi lain kisah sejarah kita dan menenggelamkan hatta hubungan erat pelbagai hala masyarakat Timur Dunia – Turki dalam rantaian garis masa, Sarawak dan Malaysia khasnya.

    Kita ditipu kerana dokumentasi, rekod dan naratif diatur sebaik mungkin. Kita terperangkap dalam kepalsuan ini yang menipu berkumpulan, kartel dan terang-terangan. Kerosakan ini dilihat oleh sosok bernama Ahmad Zaidi, dalam tahun awal Sarawak mencari jati diri anak cucu pewarisnya.

    Kolej Kediaman Ke-10 di Universiti Tertua Malaya didanai kerajaan Sarawak. Disemadikan dengan nama beliau. Moga Allah limpahi rahmah. Dan dibuka untuk pelajar antarabangsa. Malang sekali, saya tidak berkesempatan untuk menjadi penghuninya tahun 2013 10 tahun lalu. Dan terus mengidolakan beliau, yang semangatnya sentiasa segar dan penuh energi.

    Dalam sisi lain, Ahmad Zaidi contoh nusawan yang tidak dapat dibeli dengan apapun. Bukanlah kita menolak bahawa setiap yang berlaku sesuai dengan aturan takdir. Sejarah Malaysia penuh warna-warni dan terkait langsung dengan satu evolusi industri dan penguasaan kolonial.

    Dalam konteks Sarawak, perlu diakui bahawa James Brooke hanyalah watak fighter yang akhirnya kalah kepada sahabat alam Melayu di nusantara dan kepulauan Melayu. Borneo ini warisan Marapati, radin buangan Tanah Besar Jawi. Pertualangan baginda diteruskan hingga kini, terdahulu dari Sharif Masahor, bara semangat pejuang mengalir dari tangan anakanda beliau – Sharifah Mai dan membentuk satu peribadi yang menjadi tauladan. Buku Yang Dikehendaki tulisan sejarawan Sarawak Datu Dr. Sanib Said memperincikan sebahagian sisi TYT Sarawak ini dengan laras popular dan bercerita.

    The Road Not Taken, Lari atau Dibunuh

    Mengapa konfrantasi, Ganyang Malaysia 1963-1966? Adakah busana dan fesyen berjenama Merdeka itu lebih baik daripada kesatuan sedia ada, pada zamannya. Kita checkmate. James Brooke adalah antagonis yang mengisi Misi Bumi Hangus Kesultanan Melayu di Sarawak dan perlu diingat, Charles Fox antara tali barut Brooke yang pernah dibunuh oleh Malanau rakan Sharif Mashor. Di sinilah, ramuan pendekar telah diteladani. Wirawan ini juga nusana. Al- Fatihah hadiah yang sewajarnya.

    Caption; Bersama Wakil Setiausaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Wilayah (MOSTI) sempena STIX yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Tenaga dan kelestarian Alam Sekitar; Dr. Hazland Abang Hipni

    Sejarah Dipadam

    Pihak yang membencikan sejarah mempunyai fakta besar untuk dilindungi. Begitu juga, misalnya tokoh sebuah kampung yang disembunyikan, tokoh pejuang negeri, negara yang ditenggelamkan dengan fakta yang tidak sahih.

    Mengapa sejarah? Kerana warisan takhta seorang Raja dan sebuah Tanah Air; kita membayarnya dengan harga mahal. Kita melihat saudara di Indonesia dengan pendekatan berbeza. Tanah Melayu dan Borneo dengan isu serta geopolitik berbeza. Ini ialah aset. Atau pusaka yang berwarna-warni.

    Walaupun begitu, tulisan metafora ini sama sekali tidak akan turunkan harga beras yang mencanak naik ketika ini.

    Kredit; Yusuf Jalli (YJ)
    Usahawan Budaya
    Pasca Sarawak STIX 2023

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...