More
    Home Malaysia Peruntukan khas RTP Sarawak bina segera dewan serbaguna SMK Sebuyau

    Peruntukan khas RTP Sarawak bina segera dewan serbaguna SMK Sebuyau

    SEBUYAU, 12 FEBRUARI 2024 (SNN): Prihatin terhadap kebajikan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau yang memerlukan ruang makan yang selesa, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi bersetuju meluluskan dana di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) sebanyak RM500,000 bagi membina segera sebuah Dewan Serbaguna.

    Beliau dalam satu kenyataan baru-baru ini menjelaskan, keadaan sekolah yang daif dan tidak selamat untuk para pelajar khususnya ruangan makan pelajar asrama wajar diberi perhatian segera.

    “Saya sendiri kesihan melihat pelajar asrama yang terpaksa disediakan ruang makan di luar bangunan yang beratapkan kanopi dan meja di ruangan terbuka. Begitu juga tempat untuk menyediakan makanan bagi para pelajar.

    “Keadaan dewan makan sedia ada tidak boleh digunakan lagi begitu juga dengan struktur bangunan lain yang semakin uzur dan tidak selamat digunakan lagi namun tidak ada pilihan selain menggunakan ruangan yang masih dapat digunakan banyak bahagian yang sangat daif.

    “Oleh itu, saya meluluskan peruntukan bagi membina segera sebuah dewan serbaguna baharu berdekatan dengan padang futsal yang dibina di bawah projek RTP 5 tahun lalu,” jelasnya dalam satu kenyataan selepas mengadakan lawatan ke SMK Sebuyau pada Isnin.

    Dato Sri Julaihi beramah mesra dengan pelajar asrama yang terpaksa menikmati sajian di ruangan terbuka

    Dato Sri Julaihi ayng juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau turut menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyegerakan pembinaan sekolah gantian penuh SMK Sebuyau kerana sudah terlalu lama menunggu kerja-kerja pembinaan sejak diluluskan pada RMK-11 lalu.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...