More
    Home Sarawak Kuching Pertarungan KASBA MUBARAK MINI LEAGUE 1443H kali ini menyaksikan 24 kumpulan beraksi

    Pertarungan KASBA MUBARAK MINI LEAGUE 1443H kali ini menyaksikan 24 kumpulan beraksi

    KUCHING 11 APRIL 2022 (SNN) : Kelab Belia Waja Kampung Semariang Batu (KASBA), salah sebuah kelab belia yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), dengan kerjasama SC Samariang akan meneruskan penganjuran acara futsal KASBA MUBARAK MINI LEAGUE 1443H/2022M (KMML 1443H).

    Pertandingan futsal yang mula diperkenalkan sejak tahun 2019 ini akan diadakan secara dwiedisi iaitu pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada minggu pertama, kedua dan ketiga Ramadan 1443H bermula 8 pada April 2022.

    “Memandangkan gelanggang futsal ini terbuka dan tidak berbumbung. Sepatutnya enam malam sudah memadai, namun kita mengutamakan keselamatan pemain dan menunda tarikh perlawanan jika cuaca tidak mengizinkan.” Jelas Izzul Zikry, Pengerusi Kelab Belia Waja KASBA ketika dihubungi.

    Penganjuran kali ini menampilkan penyertaan 24 pasukan futsal yang terdiri daripada pemain KASBA dan pasukan jemputan sekitar Petra Jaya. Selain itu, hadiah wang tunai keseluruhan yang ditawarkan adalah sebanyak RM1,440 serta tiga anugerah khas bagi setiap edisi.

    Liga KASBA MUBARAK MINI yang telah berlangsung pada 8-10 April lalu di Gelanggang Futal Kampung Semriang Batu.

    Menurut Iqmal Danial Suffian, Koordinator II KMML 1443H; matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk menyediakan platform bagi belia beriadah meskipun ketika siangnya melaksanakan ibadah puasa. Selain itu, acara ini juga menjadi medium untuk ahli-ahli kelab mengasah kemahiran berorganisasi dan penganjuran acara serta menimba pengalaman.

    Selain masih mengekalkan format terdahulu iaitu liga mini round-robin, kesemua 12 pasukan bagi setiap edisi akan bermain sebanyak lima kali di peringkat kumpulan. Kemudian, empat pasukan terbaik daripada Kumpulan A dan B seterusnya akan melangkah ke pusingan kalah-singkir.

    “Pihak kami turut berterima kasih kepada para penaja terutamanya Coneli/UH Sports, Kelab Bola Sepak SMSK MENSEYA dan YJFT. Walau bagaimanapun, pihak kami masih lagi mengalu-alukan sumbangan daripada sesiapa sahaja yang berminat untuk membantu menaja sebahagian daripada kos penganjuran,” tambah Danial Suffian lagi.

    Untuk rekod, kejuaraan Edisi 1440H telah dimenangi oleh pasukan PASOLA dan ST FT. Juara akan merangkul hadiah wang tunai berjumlah RM250 bersama piala tajaan Coneli/UH Sports. Manakala Naib Juara dan Ketiga masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai RM200 dan RM150.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...