More
    Home Sarawak Kuching PERKIM akan teruskan usaha dakwah serta sampaikan risalah Islam dengan penuh hikmah...

    PERKIM akan teruskan usaha dakwah serta sampaikan risalah Islam dengan penuh hikmah dan kasih sayang

    KOTA SAMARAHAN, 10 FEBRUARI 2025: Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Kota Samarahan yang berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) mencatat sejarah penting apabila Ahli Jawatankuasa baharu bagi sesi 2025-2026 dipilih.

    Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang, dalam ucapan perasmiannya turut menzahirkan terima kasih kepada barisan kepimpinan sesi 2023-2024 atas dedikasi mereka dalam menjayakan program dakwah serta kebajikan.

    Menurutnya, PERKIM bukan hanya sekadar pertubuhan, tetapi satu amanah yang perlu diteruskan dengan penuh tanggungjawab kerana setiap tindakan yang dilakukan merupakan ibadah dalam menyebarkan syiar Islam dalam memperkukuh ukhwah dalam kalangan ummah.

    Datuk Rubiah Wang ketika hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kota Samarahan-foto UKAS

    Beliau yang juga merupakan Pengerusi PERKIM Cawangan Kota Samarahan turut mengingatkan kepimpinan baharu agar terus istiqamah dalam membawa risalah Islam dan mendekati masyarakat dengan kasih sayang dan ihsan.

    Dengan kepimpinan baharu ini, PERKIM Kota Samarahan diharapkan akan terus berkembang dan menjadi wadah yang unggul dalam menyebarkan nilai-nilai Islam serta kebajikan demi kesejahteraan ummah.

    Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah Timbalan Pengerusi II PERKIM Bahagian Negeri Sarawak; Datin Noraini Hussain, Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Sarawak; Datin Mazlin Daruz serta barisan Ahli Jawatankuasa lama dan baharu, serta perwakilan PERKIM Cawangan Kota Samarahan-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROSNiaga ambil langkah segera atasi isu gangguan bekalan LPG

    0
    KUCHING, 10 FEBRUARI 2025 (SNN): Berhubung insiden tanah runtuh hingga menjejaskan Terminal LPG PUSAKA Integrated Resources Sdn. Bhd. (PIRSB) baru-baru ini, PETROSNiaga telah mengambil...