More
    Home Malaysia Pergerakan Rentas Negeri dibenarkan mulai Isnin ini-Perdana Menteri

    Pergerakan Rentas Negeri dibenarkan mulai Isnin ini-Perdana Menteri

    PUTRAJAYA, 10 OKTOBER 20221 (SNN) : Pergerakan rentas negeri di seluruh Malaysia dibenarkan mulai Isnin ini iaitu 11 Oktober 2021 kata Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob.

    Berucap semasa sidang media khas Perdana Menteri pada jam 3.00 petang tadi, beliau menjelaskan pergerakan rentas negeri dibenarkan bagi mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin Coid-19.

    Bagi mereka yang merancang untuk balik ke kampung mulai esok diminta terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan walaupun telah lengkap menerima vaksin. Bagi mereka yang ingkar melanggar peraturan SOP pihak berkuasa tidak tergak-agak untuk mengenakan tindakan undang-undang atau kompaun,” tegas beliau.

    Selain itu, aktiviti melancong ke negeri lain turut dibenarkan berkuatkuasa 11 Oktober 20221 ini tanpa perlu membuat permohonan My Travel Pass seperti sebelum ini manakala SOP bagi melancong ke luar negara adalah perlu dipatuhi seperti sebelum ini.

    Ujar beliau, dalam kegembiraan kita untuk melakukan pergerakan rentas negeri berjumpa ahli keluarga perlu diingatkan bahawa semua lapisan masyarakat untuk sama-sama menjaga keselamatan keluarga di kampung. Sekiranya bergejala seperti demam, batuk atau selsema tangguh dahulu perjalanan pulang ke kampung dan sambung semula selepas sihat sepenuhnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...