More
    Home Malaysia Perdana Menteri ke-9 umum barisan kabinet baru Malaysia 2021

    Perdana Menteri ke-9 umum barisan kabinet baru Malaysia 2021

    PUTRAJAYA, 27 OGOS 2021 (SNN) : Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pelantikan barisan Jemaah Kabinet yang baharu. Pengumuman senarai Jemaah Menteri bagi Kabinet baharu itu dibuat selepas seminggu beliau memegang jawatan Perdana Menteri kesembilan susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Ogos lalu.

    Jelas beliau dalam ucapan baru-baru ini, senarai ini merupakan kombinasi mereka yang berpengalaman, diyakini serta mampu memulihkan dan merancakkan ekonomi serta meyakinkan golongan pelabur dalam dan luar negara.

    Berikut merupakan senarai lengkap barisan kabinet yang diumumkan beliau. Ada potfolio yang kekal dan ada juga yang berubah termasuklah muka baharu.

    Senarai penuh Barisan Kabinet baharu 2021

    Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
    YB. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
    Timbalan Menteri : YB. Datuk Lim Ban Hong

    Menteri Kanan – Menteri Pertahanan
    YB. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
    Timbalan Menteri : YB. Datuk Seri Ikhmal Hisham bin Abdul Aziz

    Menteri Kewangan
    YB. Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
    Timbalan Menteri I : YB. Mohd Shahar Abdullah
    Timbalan Menteri II : YB. Tuan Haji Yamani Hafez Musa

    Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya
    YB. Datuk Seri Haji Fadillah Yusof
    Timbalan Menteri : YB. Datuk Arthur Joseph Kurup

    Menteri Kanan – Menteri Pendidikan
    YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
    Timbalan Menteri I : YB Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon
    Timbalan Menteri II : YB Datuk Mohamad Alamin

    Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
    YB Datuk Seri Mustapa bin Mohamed
    Timbalan Menteri : YB Eddin Syazlee bin Shith

    Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
    YB Datuk Dr Hj Abdul Latiff bin Ahmad
    Timbalan Menteri : YB Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

    Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
    YB Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
    Timbalan Menteri : Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati binti Samsuddin

    Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
    YB Senator Tuan Idris bin Ahmad
    Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary

    Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
    YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
    Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

    Menteri Pengangkutan
    YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
    Timbalan Menteri : YB Dato’ Henry Sum Agong

    Menteri Alam Sekitar
    YB Datuk Seri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
    Timbalan Menteri : YB Dato’ Dr Mansor bin Othman

    Menteri Sumber Manusia
    YB Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
    Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Awang bin Hashim

    Menteri Wilayah Persekutuan
    YB Datuk Seri Shahidan bin Kassim
    Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias

    Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat
    YB Datuk Seri Rina Binti Harun
    Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

    Menteri Pengajian Tinggi
    YB Dato’ Dr Noraini binti Ahmad
    Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal bin Muhammad

    Menteri Tenaga dan Sumber Asli
    YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
    Timbalan Menteri
    YB Datuk Ali Anak Biju

    Menteri Dalam Negeri
    YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin
    Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Dr Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
    Timbalan Menteri II : YB Jonathan Yassin

    Menteri Kesihatan
    YB Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar
    Timabalan Menteri I : YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali
    Timbalan Menteri II : YB Datuk Aaron Ago Dagang

    Menteri Pertanian dan Industri Makanan
    YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
    Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Hj Ahmad bin Hamzah
    Timbalan Menteri II : YB Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh

    Menteri Pembangunan Luar Bandar
    YB Datuk Seri Mahadzir Bin Khalid
    Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Abdul Rahman bin Mohamad
    Timbalan Menteri II : YB Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

    Menteri Luar Negeri
    YB Dato’ Saifuddin bin Abdullah
    Timbalan Menteri : YB Haji Kamarudin bin Jaffar

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
    YB Datuk Alexander Nanta Linggi
    Timbalan Menteri : YB Dato’ Rosol bin Wahid

    Menteri Komunikasi Dan Multimedia
    YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
    Timbalan Menteri : YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

    Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
    YB Datuk Seri Reezal Merican bin Naina Merican
    Timbalan Menteri : YB Datuk Sri Ismail bin Abdul Mutalib

    Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
    YB Datuk Seri Dr Adham Baba
    Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Amzad bin Mohamed @ Hashim

    Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
    YB Tan Sri Noh bin Haji Omar
    Timbalan Menteri : YB Tuan Muslimin bin Yahaya

    Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
    YB Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin
    Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Wee Jeck Seng
    Timbalan Menteri II : YB Willie anak Mongin

    Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
    YB Datuk Seri Hajah Nancy binti Shukri
    Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar a/l Ramanaidu

    Menteri Perpaduan Negara
    YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
    Timbalan Menteri : YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal bin Wan Ahmad Kamal

    Menteri Belia dan Sukan
    YB Datuk Seri Ahmad Faizal bin Datuk Azumu
    Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker

    Difahamkan kesemua Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan akan mengangkat sumpah pada 2.30 petang Isnin ini.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...