More
    Home Sarawak Limbang Perancangan yang teliti perlu dilakukan bagi memastikan projek dilaksana dengan tepat

    Perancangan yang teliti perlu dilakukan bagi memastikan projek dilaksana dengan tepat

    LAWAS, 01 OKTOBER 2023 (SNN): Perancangan yang teliti sebelum melaksanakan apa-apa projek menjadi asas utama dalam memastikan projek pembangunan yang dilaksana di negeri ini benar-benar memenuhi keperluan masyarakat setempat.

    Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerjasama erat antara pemimpin tempatan dan kerajaan turut menjadi elemen penting dalam memastikan sumber yang terhad digunakan dengan bijak.

    Sehubungan itu, beliau menggalakkan ketua-ketua kaum dan kampung berperanan aktif dalam merancang dan menentukan projek-projek yang menjadi keutamaan di kawasan masing-masing.

    “Buat perancangan awal dahulu apa yang kita perlukan untuk pembangunan kawasan masing-masing kerana ini merupakan tanggungjawab kita terutama jika kita dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

    “Untuk projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP), setiap tahun peruntukan diberi sebanyak RM5 juta untuk pelaksanaan infrastruktur dan bukan untuk program-program. Ada yang memerlukan belanja besar contohnya seperti pembinaan dewan atau baikpulih dan sebagainya.

    “Jadi, kita perlu berbincang dengan ketua-ketua kaum dan pemimpin di peringkat kampung, mana yang perlu diutamakan, kita dahulukan.Ia harus dibuat mengikut prosedur yang telah ditetapkan,”katanya.

    Beliau berkata demikian semasa berucap menyempurnakan Majlis Penyerahan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) 2023 kepada persatuan, kelab, dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang layak, anjuran Pejabat Timbalan Premier Sarawak dan Pejabat Daerah Lawas di sebuah hotel, di sini baru-baru ini.

    Timbalan Premier menyampaikan geran kepada wakil kelab dan persatuan yang dipilih-Kredit foto UKAS

    Dalam ucapan sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari itu memberitahu, pusat khidmatnya turut menyediakan peruntukan untuk membantu pelajar B40 di kawasan ini melanjutkan pelajaran tinggi sebelum mereka mendapat biasiswa.

    Selain itu katanya, pelbagai peluang pekerjaan juga disediakan melalui projek pembangunan yang dilaksanakan kerajaan bagi meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

    Turut hadir sama Ahli Parlimen Lawas; Dato Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang; Unus Tambi, Pengarah NRDA; Ubadillah Abdul Latif, Pegawai Daerah Lawas; Ladin Atok dan Setiausaha Politik Premier Sarawak; Awangku Zainal Abedin Dato Pengiran Jawa.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...