LAWAS, 26 JULAI 2022 (SNN): Kepimpinan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa berusaha mendekati rakyat bagi memahami isu dan mendapat input di peringkat akar umbi selain mengeratkan hubungan dengan rakyat bagi menambah keyakinan mereka terhadap pucuk kepimpinan di peringkat parti dalam kerajaan.
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato Henry Sum Agong berkata, pemimpin juga perlu berfikiran terbuka dalam menerima input bagi memastikan hala tuju pembangunan yang dirancang sesuai dengan keperluan.
“Lawatan ini memberi peluang kepada saya berjumpa dan mendengar maklumat dalam usaha menbantu rakyat,” katanya pada majlis penyerahan geran projek kecil luar bandar kepada enam buah Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Kampung(JKKK) di Awat-Awat dan kelab serta persatuan belia di Awat-Awat semalam.
Ahli Parlimen Lawas itu juga mahu hubungan akrab antara penduduk dan pemimpin dapat diperkukuh dan kekal demi masa depan bersama disamping tetap menjaga keharmonian hidup bermasyarakat berbilang kaum.
Hadir sama, Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak; Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa dan Ketua Pergerakan Pemuda Parti PBB Cawangan Bakelalan; Steve Lius.