More
    Home Malaysia Penyelidikan tanah gambut secara lestari penting bagi mengurangkan impak kepada alam sekitar

    Penyelidikan tanah gambut secara lestari penting bagi mengurangkan impak kepada alam sekitar

    KOTA SAMARAHAN, 21 SEPTEMBER 2022 (SNN): Penyelidikan tanah gambut di negeri ini penting bagi memastikan ianya dapat dibangun sepenuhnya secara lestari.

    Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datu Len Talif Salleh berkata, pembangunan tanah gambut secara lestari terutamanya dalam industri kelapa sawit mesti dilaksanakan untuk mengurangkan sebarang impak kepada alam sekitar.

    Dalam pada itu jelasnya, penyelidikan berkaitan perkara tersebut akan membantu menangkis sebarang kempen menentang industri kelapa sawit.

    “Ini akan membuka mata pihak yang menentang hebat penanaman kelapa sawit dan menunjukkan komitmen Sarawak dalam memelihara alam sekitar menerusi penanaman kelapa sawit yang betul berdasarkan penyelidikan oleh Institut Penyelidikan Tanah Gambut Tropika (TROPI).

    “Kejayaan TROPI yang telah ditubuhkan pada tahun 2008 menunjukkan kejayaan Sarawak dalam penyelidikan dan sains terutama ke atas tanah gambut tropika di negeri ini,” katanya semasa ditemui media selepas memberi Ucaptama Kemampanan Alam Sekitar Ke Arah Mengurangkan Perubahan Iklim Asiaflux 2022 di Kompleks TROPI, Kota Samarahan pada Selasa.

    Sementara itu, AsiaFlux 2022 yang berlangsung selama tiga hari bermula 19 September memberi peluang kepada perwakilan untuk membentangkan aktiviti penyelidikan terkini, serta sebagai platform untuk mereka bertukar idea dan pengalaman baharu, mewujudkan hubungan penyelidikan, dan juga meneroka kemungkinan penyelidikan kolaboratif.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...