More
    Home Sarawak Kuching Penyelesaian antara Sarawak dan Petronas soal isu pengagihan gas terletak di tangan...

    Penyelesaian antara Sarawak dan Petronas soal isu pengagihan gas terletak di tangan PM

    KUCHING, 28 DISEMBER 2024: Formula penyelesaian antara Sarawak dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) soal isu pengagihan gas semasa adalah terletak di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Datuk Fazzrudin Abdul Rahman berkata, Kerajaan Sarawak tidak menyembunyikan sebarang pendekatan tentang penyelesaian itu sebaliknya beliau menegaskan kerajaan negeri masih tetap dengan pendirian iaitu mahukan kuasa pengagihan gas di bawah Kerajaan Sarawak dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) diiktiraf sebagai pengagregat gas tunggal.

    “Pendekatan kami adalah menyerahkan pengumuman formula penyelesaian kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tanda hormat.

    “Bagaimanapun, sehingga kini kita masih belum mendengar sebarang pengumuman oleh Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu itu,” katanya menerusi satu kenyataan beru-baru ini.

    Kenyataan itu sebagai jawapan penyataan dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang mempersoalkan terma yang dimeterai oleh Kerajaan Sarawak dan Petronas berhubung pertikaian hak ke atas Sumber Minyak dan Gas (O&G).

    Tegas ADUN Tupong itu lagi, beliau menyeru agar Chong selaku wakil DAP Sarawak menggunakan laluan hubungan mereka di peringkat persekutuan untuk mendapatkan jawapan daripada Anwar Ibrahim-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pelancaran Pavillion Sarawak di MWC Barcelona platform Sarawak tarik pelabur asing...

    0
    BARCELONA, 04 MAC 2025: Kerajaan Sarawak secara rasmi telah melancarkan Pavillion Sarawak sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Barcelona 2025 yang berlangsung selama empat...