More
    Home Sarawak Kuching Penuntut IPTA & IPTS bagi golongan B40 di Sarawak bakal terima bantuan...

    Penuntut IPTA & IPTS bagi golongan B40 di Sarawak bakal terima bantuan kemudahan dari kerajaan negeri

    KUCHING, 10 NOVEMBER 2023: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memberi bayangan bakal memberi bantuan kemudahan pendidikan kepada penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi golongan B40 di Sarawak.

    Katanya, perkara itu akan diumumkan dalam Belanjawan 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-20 yang akan bermula pada 20 November ini.

    “Dalam dasar kita ke arah memberikan pendidikan tertiari percuma dan di dalam belanjawan kita pada tahun hadapan, kita mengambil kira juga bantuan yang harus kita beri kepada pelajar IPTA dan IPTS.

    “Saya menyedari bahawa terdapat banyak peralatan yang diperlukan oleh pelajar kita termasuklah pembayaran yuran.

    “Justeru, kami mencari penyelesaian bagaimana kita boleh membantu pelajar kita dan saya anggarkan dalam 5,000 pelajar IPTA dan IPTS setiap tahun, khasnya pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 untuk diberikan bantuan ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran LATerasi Kewangan di Muzium Budaya Borneo pada Khamis.

    YAB Premier menyempurnakan simbolik Pameran LATerasi di Muzium Budaya Borneo-Foto UKAS

    Premier Sarawak menambah, ini merupakan salah satu initiatif kerajaan Sarawak dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan di negeri ini.

    “Selain daripada itu, buku teks agak mahal jadi kita akan memberikan bantuan buku teks juga kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS,” ujarnya.

    Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Marzunisham Omar, Kartunis Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat, Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Nancy Jolhi dan tetamu jemputan lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...