More
    Home Sarawak Kuching Penunggang motosikal maut tersepit di bawah lori

    Penunggang motosikal maut tersepit di bawah lori

    KUCHING, 29 OGOS 2021 (SNN) : Seorang penunggang motosikal disahkan maut akibat tersepit di bawah tayar lori tangki selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori di Batu 8, Jalan Kuching-Serian semalam.

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaaan Trafik Sarawak, Supritendan Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan berkata, kejadian berkenaan berlaku sekitar jam 8.10 pagi apabila mangsa lelaki berusia 53 tahun, sedang mencelah di tengah-tengah laluan di atas garisan putih putus-putus.

    “Mangsa dikatakan tergelincir dan hilang kawalan akibat keadaan permukaan jalan yang basah dan mangsa termasuk ke bawah bahagian tayar belakang bahagian kanan lori yang dipandu di lorong kiri.

    “Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada sebelah kiri. Mangsa juga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS) yang tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

    Tambahnya, pemandu lori walau bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan sampel darah pemandu turut diambil sementara kenderaan ditahan untuk siasatan lanjut.

    Jelasnya, kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...