More
    Home Sarawak Kuching Penubuhan SISCOM bakal pacu perkembangan teknologi satelit di Sarawak

    Penubuhan SISCOM bakal pacu perkembangan teknologi satelit di Sarawak

    KUCHING, 02 OGOS 2024 (SNN): Hasrat Kerajaan Sarawak dalam usaha meneroka potensi teknologi satelit dan industri angkasa diterjemahkan dengan penubuhan Jawatankuasa Industri Angkasa dan Satelit (SISCOM).

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi memberitahu, di era baharu kemajuan teknologi ini, teknologi satelit memainkan peranan penting dalam komunikasi moden, penderiaan jauh dan pemantauan yang mampu menghubungkan dua bahagian yang jauh untuk saling berkomunikasi serta mengumpul data-data yang penting.

    Katanya, di Sarawak ini, teknologi satelit dilihat mempunyai potensi yang sangat besar dalam menghadapi cabaran geografi yang unik serta merapatkan jurang digital yang disebabkan oleh faktor infrastruktur darat yang masih tidak mencukupi.

    “Dengan memanfaatkan ketersambungan satelit, kita dapat memastikan bahawa komuniti yang terpencil di Sarawak mempunyai akses kepada perkhidmatan komunikasi penting, sumber pendidikan dan maklumat penjagaan kesihatan selain penderiaan jauh berasaskan satelit mampu meningkatkan pemantauan alam sekitar, pengurusan sumber dan tindak balas bencana.

    “Selain itu, pengimejan satelit yang tepat turut dapat membantu kita untuk membuat pemantauan aktiviti penebangan hutan, menjejaki hidupan liar, pengurusan sumber yang mampan serta menyediakan data kritikal untuk sistem amaran awal dan penilaian semasa dalam senario bencana,” katanya ketika berucap dalam Majlis Taklimat Teknologi Satelit oleh MAESAT anjuran Sarawak Multimedia Authority (SMA) di Kuching, di sini, hari ini.

    Dato Sri Julaihi bersama dua Timbalan Menteri merakam gambar bersama CEO MAESAT, Lau Chyong dan Pengurus Besar SMA, Dato Dr.Anderson Tiong Ing Heng

    Menyedari potensi industri angkasa dan teknologi satelit ini, Kerajaan Sarawak bersetuju untuk menubuhkan SISCOM yang mana nanti akan betranggungjawab bagi membangun rangka kerja dasar yang komprehensif.

    “Usaha ini dilakukan untuk mewujudkan ekosistem teguh yang menyokong kepada pertumbuhan aplikasi satelit merentasi pelbagai sektor dengan menggunakan aset teknologi satelit kita sendiri.

    “Ini secara tidak langsung akan memicu kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi di Sarawak dengan adanya perkhimatan komunikasi yang boleh dipercayai dan berkelajuan tinggi,” tambahnya lagi.

    Oleh hal sedemikian, Julaihi menegaskan bagi merealisasikan matlamat Sarawak untuk meningkatkan KDNK sebanyak 8 peratus menjelang tahun 2030, maka kita perlu memastikan infrastruktur yang sesuai disediakan agar mampu menarik lebih banyak pelaburan dengan adanya kepelbagaian dalam teknologi.

    Jelasnya, teknologi satelit ini nanti mampu menawarkan peluang yang luas untuk Sarawak, memacu transformasi digital Sarawak sekali gus meningkatkan kemakmuran ekonomi, menggalakkan keterangkuman sosial dan meningkatkan kesejahteraan semua rakyat Sarawak.

     

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...