More
    Home Sarawak Kuching Penubuhan PETROS tepat, langkah berani Sarawak libat aktif dalam sektor minyak &...

    Penubuhan PETROS tepat, langkah berani Sarawak libat aktif dalam sektor minyak & gas

    KUCHING, 17 FEBRUARI 2025: Penubuhan syarikat milik Kerajaan Sarawak, Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) merupakan satu keputusan bijak dan berani ke arah memastikan Sarawak mempunyai syarikat minyak sendiri untuk menerajui penglibatan negeri ini dalam sektor minyak dan gas.

    Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, PETROS sebagai entiti milik penuh Kerajaan Sarawak menjalin kerjasama bijak dengan PETRONAS dan syarikat minyak yang lain untuk memastikan kita akan terlibat aktif dalam sektor industri minyak dan gas.

    “Arwah Tok Nan (Pehin Sri Adenan Satem) penah berpesan mun minyak ya di Terengganu, di Kelantan, aku sik peduli. Mun nya (minyak dan gas) di Sarawak aku peduli.

    “Inilah yang kita perjuangkan dan pertahankan. Pihak PETRONAS bersama dengan Kerajaan Sarawak dan Persekutuan telahpun menandatangani Commercial Settlement Agreement (CSA) untuk mewujudkan kerjasama dalam pembangunan minyak dan gas yang lebih seimbang.

    “PETROS merupakan aggregator tunggal aktiviti gas di Sarawak,” katanya semasa Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Ke-16, pada Ahad.

    Yang DiPertua Parti bersama barisan tertinggi PBB merakam gambar semasa Perhimpunan Agung PBB ke-16-foto UKAS

    Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua Parti PBB Sarawak dan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II & Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak menambah, berhubung dengan Perjanjian Malaysia (MA63), kerajaan negeri telah mencapai banyak kejayaan.

    Jelas beliau, kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan khususnya kepada Perdana Menteri di atas kesungguhan kerajaan persekutuan menyelesaikan perkara-perkara yang dibangkit menerusi Majlis Tindakan MA63.

    “Kejayaan kita dalam memastikan Pindaan Artikel 1(2), Perlembagaan Persekutuan misalnya telah meletakkan kembali Sabah dan Sarawak dalam kedudukan asal semasa penubuhan Malaysia, dan dengan ini berada dalam landasan yang tepat sebagai equal partner.

    “Kita juga telah berjaya menjadikan Perjanjian Malaysia 1963 dan instrumen Perlembagaan lain, termasuk Laporan IGC, sebagai sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan melalui pindaan kepada tafsiran “Persekutuan” dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan.

    “Ini telah memberi keyakinan terhadap kedudukan istimewa Sarawak dan Sabah dalam penubuhan Persekutuan Malaysia.

    “Seterusnya, dengan adanya wakil tetap dalam ahli tetap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kita kini dapat memperjuangkan kepentingan Sarawak dalam pembahagian hasil cukai dapat diperjuangkan secara lebih efektif, memastikan keadilan dalam agihan hasil negara,” jelasnya lagi-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    TBS perkenal kaedah pembayaran zakat fitrah melalui kod QR

    0
    KUCHING, 20 FEBRUARI 2025:Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) memperkenalkan kaedah baharu pembayaran Zakat Fitrah melalui Kod QR sebagai alternatif kepada pembayaran tunai. Inisiatif tersebut dijalankan dengan...