More
    Home Sarawak Kuching Penubuhan MPIA sejajar dengan matlamat Sarawak mewujudkan ekosistem tenaga lebih mampan-Julaihi

    Penubuhan MPIA sejajar dengan matlamat Sarawak mewujudkan ekosistem tenaga lebih mampan-Julaihi

    KUCHING, 08 SEPTEMBER 2023 (SNN): Persatuan Industri Fotovolta Malaysia (MPIA) Sarawak Chapter ditubuhkan sebagai satu kuasa transformatif dalam bidang tenaga boleh diperbaharui di negeri ini.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkata, fokus MPIA Sarawak adalah untuk menghimpunkan pelbagai pihak dari pemimpin industri dan penyelidik hingga penggubal dasar dan inovator teknologi di bawah satu payung.

    “Matlamatnya adalah untuk memajukan penggunaan tenaga solar dan mewujudkan ekosistem tenaga yang lebih mampan di Sarawak.

    “MPIA Sarawak akan terlibat secara aktif dengan penggubal dasar dan badan kerajaan untuk mempengaruhi dasar dan peraturan yang menyokong pertumbuhan industri fotovolta,” katanya ketika berucap dalam ucapan pembukaan hari kedua Forum Kelestarian dan Tenaga Boleh Diperbaharui (SAREF) 3.0 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Khamis.

    Julaihi (tengah) bercakap pada sidang media selepas ucaptama pembukaan hari kedua Forum Kelestarian dan Tenaga Boleh Diperbaharui (SAREF) 3.0 di BCCK, semalam.

    Tambah Julaihi lagi, advokasi ini amat penting dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk inovasi, pelaburan dan pembangunan mampan dalam sektor tenaga.

    Justeru katanya, MPIA Sarawak ingin menjadikan penggunaan tenaga solar sebagai satu cara hidup dalam memperkasakan rumah, perniagaan dan industri disamping mengekalkan warisan semula jadi.

    Turut hadir sama Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Telekomunikasi); Datuk Liwan Lagang, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan); Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Jafri Lias serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Berhad; Datu Sharbini Suhaili.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan Awal Kanak-Kanak penting lahirkan generasi berkualiti pada masa akan datang

    0
    LIMBANG, 06 JANUARI 2025: Hari Apresiasi Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memainkan peranan penting dalam memperkasakan...