More
    Home Sarawak Kuching Penubuhan Lembaga Sagu dan Nipah mampu mengembangkan industri sagu di Sarawak

    Penubuhan Lembaga Sagu dan Nipah mampu mengembangkan industri sagu di Sarawak

    KUCHING, 16 FEBRUARI 2022 (SNN) : Statistik terkini Jabatan Pertanian merekodkan sebanyak 32,000 pengusaha kecil terlibat dalam industri sagu di Pusa, Igan, Dalat, Mukah dan Balingian manakala, Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) pula telah membangunkan lebih 1,000 hektar tanah melibatkan lebih 5,000 pekebun kecil di Sebakong dan Dalat serta 5,812 pekebun kecil terlibat dalam Pembangunan Estet Satelit Pekebun Kecil Sagu.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi, industri sagu amat menguntungkan dengan harga pasaran dunia sejak 5 tahun lepas berada tidak kurang daripada RM2,000 setan dan ini menjanjikan masa depan yang menarik untuk perkembangan industri sagu.

    Sudah pastinya, dengan adanya Lembaga Kemajuan Sagu dan Nipah membolehkan industri sagu ini berkembang dan mempunyai masa depan yang cerah.

    “Dengan penekanan daripada kepimpinan Kerajaan Sarawak untuk meneroka ekonomi baharu dengan menggalakkan pembangunan dan aplikasi teknologi baharu.

    “Adalah menjadi hasrat saya untuk melihat lembaga ini akan dapat berfungsi sebagai platform untuk mempromosikan penyelidikan dan pembangunan sagu dan nipah.

    “Ini membolehkan lebih banyak produk boleh dihasilkan daripada industri ini yang akhirnya dapat mempelbagaikan aktiviti ekonomi kita,” katanya.

    Katanya semasa mengambil bahagian dalam pembahasan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Kemajuan Sagu dan Nipah di DUN Sarawak pada Rabu.

    Ujarnya beliau lagi, industri Sagu dan Nipah ini telah lama dalam perancangan Kerajaan Sarawak sejak daripada zaman Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri dengan pada tahun 1993 telah mengumumkan lebih 20,000 hektar tanah di Sarawak dijadikan kawasan tanaman Sagu.

    Ini kemudiannya diteruskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg yang memperlihatkan idea kepada penubuhan Lembaga Kemajuan Sagu dan Nipah bagi membangun dan memastikan industri sagu ini terus dipertingkatkan.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Keputusan Pembinaan Lapangan Terbang Baharu di Tanjung Embang Mengambil Kira Laluan...

    0
    KUCHING, 20 JANUARI 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak telah mengenal pasti lokasi pembinaan Lapangan Terbang baharu yang terletak di Tanjung Embang Asajaya setelah menilai beberapa...