More
Home Sarawak Betong Penubuhan LEDC membawa kepada perubahan kemajuan pendidikan di kawasan DUN Layar

Penubuhan LEDC membawa kepada perubahan kemajuan pendidikan di kawasan DUN Layar

BETONG, 25 januari 2022 (SNN) : Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Layar (LEDC) telah berjaya membawa perubahan dan peningkatan taraf pendidikan di kawasan DUN Layar.

Menteri Muda Pembangunan Belia dan Sukan, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, beliau yakin usaha yang diambil oleh pihak jawatankuasa merupakan satu langkah untuk membantu Pejabat Pendidikan Daerah Betong dalam menyediakan bahan pembelajaran untuk pelajar.

“Jawatankuasa ini bukan sahaja menyediakan bantuan pembelajaran tetapi guru juga diberi latihan tambahan oleh pakar dalam pendidikan awal kanak-kanak dengan penekanan penguasaan bahasa Inggeris,” kata Dato Gerald Rentap pada majlis penghargaan untuk guru Jolly Phonics di Pusat Khidmat DUN Layar, pada Ahad.

Sekitar majlis penghargaan untuk guru Jolly Phonis di Pusat Khidmat DUN Layar pada Ahad.

“Kita sedia maklum bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang serupa di seluruh negara, tetapi untuk melihat peningkatan murid membaca dan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan pantas, sememangnya berkesan melalui kaedah pengajaran Program Jolly Phonics,” katanya.

Pada majlis tersebut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Layar juga telah menyerahkan barangan keperluan pembelajaran seperti bahan rujukan kepada pelajar Darjah 4, 5 dan 6. Selain itu, bahan rujukan pembelajaran dan komputer riba turut diberikan kepada pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 untuk membantu mereka dalam pelajaran.

Untuk rekod, hanya kawasan DUN Layar sahaja yang mempunyai jawatankuasa tersebut bagi membantu para pelajar dalam pembelajaran Bahasa Inggeris dan perkara itu mendapat sokongan dari Jabatan Pendidikan Negeri bagi meningkatkan standard pendidikan.

Turut hadir sama Pengerusi Jawatankuasa, Paul Langgang dan Penyelaras Program Dr Keling Stevenson Acheh.-UKAS.

Leave A Reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Must Read

Mentaliti ‘YOLO’ dorong peningkatan kes HIV dalam kalangan generasi muda

0
KUALA LUMPUR, 26 MAC 2025: Mentaliti 'you only live once' atau YOLO dalam kalangan generasi muda mungkin mendorong mereka mencuba perkara baharu termasuk hubungan...