More
    Home Sarawak Limbang Penubuhan BPP-MIS main peranan penting terhadap kemajuan pendidikan anak-anak beragam Islam di...

    Penubuhan BPP-MIS main peranan penting terhadap kemajuan pendidikan anak-anak beragam Islam di Sarawak

    LAWAS, 10 APRIL 2023 (SNN): Penubuhan Biro Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS) pada Oktober 2007 membuktikan keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap kemajuan pendidikan anak-anak beragama Islam di negeri ini.

    Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberitahu, agensi itu membantu Majlis Islam Sarawak untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada pendidikan ummah dalam memperkasakan umat Islam di Sarawak.

    Menurutnya, perkara ini direalisasikan dengan pelbagai inisiatif program pendidikan dalam komuniti yang berpusat di masjid atau sekolah berhampiran di kawasan yang memerlukan.

    “BPP-MIS juga berusaha membina dan memperluaskan jaringan kerjasama daripada ahli akademik, ilmuwan, para profesional dan agensi berkaitan agar dapat menjadi rakan kongsi kepada institusi masjid,” katanya.

    Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibaca oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dalam Majlis Penangguhan Bicara Ramadan Sempena Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak Tahun 2023M/1444H di sini pada Sabtu.

    Foto galeri Unit Komunikasi Awam Sarawak.

    Sementara itu, Datuk Amar Awang Tengah berkata, kerajaan Sarawak sentiasa komited menjadikan al-Quran sebagai panduan utama bagi menjaga akidah dan syariat umat Islam.

    “Ini dibuktikan dengan penganjuran pelbagai program berkaitan dengan al-Quran oleh agensi-agensi kerajaan Sarawak.

    “Kelas-kelas secara atas talian sentiasa dirancang dan diadakan di samping terdapat banyak permintaan daripada masyarakat Islam kita untuk kelas seumpamanya,” katanya lagi.

    Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak; Datuk Misnu Taha, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak; Sahibul Siyadah Khalidi Ibrahim, Pengarah Jabatan Mufti Sarawak; Ustaz Mual Suaud dan Pengarah JAKIM Cawangan Sarawak; Ustaz Hamdan Jaraee.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak perluas akses internet di negeri ini di bawah Program...

    0
    KUCHING, 18 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak terus melaksanakan langkah proaktif untuk memperluas liputan internet di negeri ini melalui program Sarawak Linking Urban, Rural and...