More
    Home Sarawak Kuching Pentauliahan CENTEXS sebagai institusi mengendalikan kursus kompeten elektrik mampu lahirkan lebih ramai...

    Pentauliahan CENTEXS sebagai institusi mengendalikan kursus kompeten elektrik mampu lahirkan lebih ramai pakar dalam bidang elektrik

    KUCHING, 15 FEBRUARI 2023(SNN): Sarawak mampu melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang pendawaian, chargeman, wireman, penjaga jentera dan pecantum wayar bagi menampung keperluan dalam sektor elektrik menjelang tahun 2030.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi memberitahu, dalam usaha mendepani cabaran peningkatan keperluan tenaga elektrik khususnya di negeri Sarawak kementeriannya telah melaksanakan usaha mengakreditasikan hampir 30 buah isntitusi setakat ini sebagai tempat menjalankan kursus dalam pelbagai bidang berkaitan kompetensi elektrik.

    “Salah satu institusi yang kita telah tauliahkan adalah CENTEXS yang mana kita memberikan pentauliahan kepada institusi ini untuk mengendalikan kursus kekompetenan elektrik.

    “Usaha ini dilakukan bagi menampung keperluan sektor elektrik di negeri ini dan kita menyasarkan seramai 20,000 orang kompeten@berkelayakan dalam bidang berkenaan menjelang 2030.

    Julaihi berkata sedemikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis Penyerahan Sijil Pentauliahan kepada CENTEXS di Santubong, Kuching baru-baru ini.

    Datuk Julaihi menyerahkan sijil pentauliahan kepada Pengerusi CENTEXS disaksikan oleh CEO SEB dan CEO CENTEXS.

    Mengulas lanjut, Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berharap dengan kerjasama yang dijalinkan antara CENTEXS dan Sarawak Energy Learning Centre (SELC) akan lebih banyak kursus elektrik dapat disediakan untuk para pelatih.

    “Dengan adanya hubungan baik antara dua institusi ini para pelajar berpeluang untuk mempelajari sistem dalam SEB serta memperolehi sijil dalam SEB iaitu Competency Authorization Certification (CAC),” Tagasnya.

    Turut hadir sama pada majlis itu adalah Pengerusi CENTEXS; Tan Sri Mohd Morshidi Abdul Ghani, CEO Sarawak Energy Berhad; Datu Sharbini Suhaili, Setiausaha Tetap MUT; Jafri Lias, CEO CENTEXS; Syed Mohd Hussein dan Pengarah Elektrik; Syed Fauzi Sahab.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak guna teknologi terkini fokus jana ekonomi berteraskan air

    0
    KUCHING, 23 OKTOBER 2024: Sarawak kini memberi tumpuan kepada pengurusan air yang mampan serta penggunaan teknologi terkini dalam usaha memperkukuhkan ekonomi berteraskan air. Premier Sarawak,...