More
    Home Malaysia Pentas SAMAtandak Persembahan Tarian Melayu Sarawak 2023 ketengahkan seni budaya bangsa Melayu...

    Pentas SAMAtandak Persembahan Tarian Melayu Sarawak 2023 ketengahkan seni budaya bangsa Melayu Sarawak

    KOTA SAMARAHAN, 24 SEPTEMBER 2023 (SNN): Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) akan terus membela dan memahsyurkan keunggulan bangsa Melayu melalui pendekatan-pendekatan serta program bagi memastikan seni budaya Melayu terus tersemat dalam masyarakat.

    Seni tradisi merupakan milik rakyat kebanyakan secara kolektif dan menjadi cermin ketamadunan bangsa yang merangkumi pemikiran, kreativiti serta kearifan lokal.

    Dalam usaha melestarikan seni dan budaya Melayu Sarawak penganjuran SAMAtandak Persembahan Tarian Melayu dapat memberikan pendedahan secara langsung kepada penonton terutama golongan muda masa kini untuk memahami estetika unggul seni bangsa Melayu Sarawak khususnya.

    Orang ramai turut hadir memeriahkan Program SAMAtandak Tarian Melayu-Foto AKYBMS

    Tandak Melayu merupakan satu warisan yang melambangkan ketinggian seni Tamadun Melayu. Melalui program itu juga amat bertepatan dengan Pelan Strategik AKYBMS 201-2035 dalam teras Agama dan Budaya iaitu usaha memperteguh identiti Melayu Sarawak dan penjemaan kebudayaan yang positif.

    Program yang berlangsung di Kompleks Membeli-belah Summermall, Kota Samarahan yang diadakan semalam telah dirasmikan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Samarahan, En Nayan bin Yamin.

    Turut hadir memeriahkan majlis adalah Wakil Pengarah Institut Perguruan Tunku Abdul Razak (IPGTAR); En Sylvester Rasit Ak Debong, Wakil Pengurus Besar the Summer Shopping Mall; Puan Candy Sazali.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...