More
    Home Sarawak Kuching Pengurus Besar AKYBMS, Datu Sanib Said diangkat sebagai tokoh NGO-Sejarah

    Pengurus Besar AKYBMS, Datu Sanib Said diangkat sebagai tokoh NGO-Sejarah

    KUCHING, 29 JULAI 2022 (SNN): Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), YBhg Datu Dr Haji Sanib bin Haji Said telah diangkat sebagai Tokoh NGO-Sejarah bersempena Majlis Perasmian Persidangan Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Keluarga Malaysia dan Pelancaran Anugerah Perdana NGO Malaysia 2022.

    Anugerah tersebut telah disampaikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dalam satu Majlis Makan Malam yang diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Majlis tersebut telah dihadiri oleh seramai 588 orang ahli yang mewakili NGO masing-masing yang berdaftar di bawah Gabungan NGO Keluarga Malaysia.-Foto AKYBMS.

    “Anugerah Perdana NGO Malaysia telah disampaikan kepada beberapa tokoh NGO mengikut bidang seperti Tokoh NGO Pesara, Tokoh NGO Perpaduan dan Tokoh NGO Kepenggunaan.

    “Saya menyambut baik usaha untuk memperkenalkan anugerah ini bagi mengiktiraf kerja-kerja kebajikan dan sosial yang dilakukan NGO sepanjang tahun ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian sekaligus menyatakan sokongan kepada usaha penganjuran Anugerah NGO Malaysia 2022.

    AKYBMS dalam kenyataan medianya melahirkan rasa bangga atas perhargaan yang telah diberikan kepada Datu Dr Sanib Said yang telah menjadi wakil dari negeri Sarawak Darul Hana.

    Anugerah tersebut membuktikan perjuangan dan hasil penyelidikan beliau dalam bidang sejarah dipandang tinggi serta diiktiraf oleh masyarakat khususnya masyarakat Melayu di negeri Sarawak ini.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...