More
    Home Pengganti Pengerusi PNB akan ditentukan Perdana Menteri selepas kontrak Zeti Aziz ditamatkan

    Pengganti Pengerusi PNB akan ditentukan Perdana Menteri selepas kontrak Zeti Aziz ditamatkan

    KUALA LUMPUR, 20 MAC 2021 (SNN) : Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam masa terdekat ini akan menerima pengerusi baharu selepas kontrak pengerusinya Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz tidak lagi disambung.

    Menurut sumber dari Sinar Harian, calon pengganti Zeti Aziz telahpun diserahkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Bin Yasin dan difahamkan terdapat dua nama disenarai pendekkan untuk penelitian serta persetujuan Perdana Menteri. Kedua-dua calon berkenaan adalah mereka yang berpengalaman luas dalam bidang pelaburan. Perubahan jawatan pengerusi di dalam institusi pelaburan utama negara itu kelak akan memberi dimensi baharu kepada sektor pelaburan negara.

    Zeti Aziz yang dulu merupakan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dilantik sebagai pengerusi PNB sejak 1 Julai 2018 menggantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar selepas Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara dengan mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

    Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz- Pengerusi PNB

    Sepanjang kariernya, beliau pernah dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia wanita pertama selama 16 tahun iaitu sejak 1 Mei 2000 sehingga tahun 2011 sebelum disambung semula bagi tempoh lima tahun lagi diatas prestasi beliau yang cemerlang dalam meneraju bank terpenting negara. Setelah bersara, Zeti kemudiannya diberi kepercayaan untuk menerajui PNB sehingga kini.

    Namun sejak kebelakangan ini, reputasi Zeti Aziz sedikit tercalar selepas suaminya disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan menerima dana yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB). Zeti menegaskan isu yang tular dalam laporan media adalah tidak benar dengan mengeluarkan kenyataan ringkas pada 1 Januari 2021 dengan menyatakan bahawa pihaknya telah memberi kerjasama penuh dengan pihak berwajib seperti BNM, PDRM, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    “Kesemua maklumat yang diperlukan berhubung dengan skandal 1MDB dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telahpun diberikan kepada PDRM dan SPRM. Oleh itu, kenyataan yang dikeluarkan dalam laporan media mengatakan saya dan keluarga mempunyai kaitan dengan 1MDB itu adalah tidak tepat,” tegasnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Jambatan Bandar Lawas rancakkan lagi sektor pembangunan kawasan Utara Sarawak

    0
    LAWAS, 28 NOVEMBER 2024: Projek Jambatan Bandar Lawas baharu di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dijangka membawa impak besar kepada pembangunan wilayah Utara...