More
    Home Sarawak Kuching Pengembaraan Sejarawan Sarawak selama 40 tahun merungkap Sejarah Negeri yang Hilang di...

    Pengembaraan Sejarawan Sarawak selama 40 tahun merungkap Sejarah Negeri yang Hilang di Sarawak

    KUCHING, 13 FEBRUARI 2023 (SNN): Ikuti Pengembaraan Datu Dr Hj Sanib Bin Said, seorang Sejarawan Sarawak yang telah melakukan penyelidikan selama 40 tahun mencari bukti peninggalan sejarah tamadun yang jauh sebelum kedatangan pemerintahan James Brooke.

    Dalam dokumentari 13 episod ini beliau akan membawa anda mengembara ke tempat peninggalan sejarah di sekitar Sarawak bermula dengan pencarian Negeri Santubong di muara Santubong sehingga ke Lidah Tanah, mencari negeri Saribas di Lembah Saribas, menjejaki negeri Kalaka di Kabong sehinggalah mendatangi Lembah Batang Lupar di Lingga mencari negeri Banting dan akhir sekali menjelajah ke kawasan Samarahan bagi mencari negeri Samarahan.

    Kredit foto daripada TVS.

    Kesemua bukti penemuan yang beliau temui membuka lembaran baharu dalam menyusun pensejarahan negeri Sarawak akan diceritakan satu per satu sehinggalah kisah-kisah yang kita tidak pernah dengar tentang kewujudan tamadun jauh sebelum penjajahan Brooke.

    Cerita seperti asal usul Datu Marapati, Dang Esah, cerita Asal usul Benak, Sultan Tengah dan banyak lagi pastinya anda tidak akan ketinggalan untuk menonton setiap episod kerana ia merupakan pertama kali disiarkan hasil penyelidikan beliau selama 40 tahun dan telah dokumentasikan dalam bentuk Visual dan Lakonan semula di saluran TVS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...