More
    Home Malaysia Penganjuran Jerayawara Ramadan pada stiap tahun diadakan bagi meraikan bulan keberkatan ramadan-Ahli...

    Penganjuran Jerayawara Ramadan pada stiap tahun diadakan bagi meraikan bulan keberkatan ramadan-Ahli Parlimen Kota Samarahan

    KOTA SAMARAHAN, 15 APRIL 2022 (SNN) : Pusat Khidmat Parlimen Kota Samarahan telah mengadakan Program Jerayawara Ramadan Pengagihan Bubur Lambuk bertempat di Kampung Endap pada Rabu dan turut menganjurkan program yang sama di Kampung Sambir, Asajaya pada hari ini.

    Program amal tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang bersama Penghulu Kampung Endap Awang Muhamad Awang Suntong diiringi bacaan doa oleh imam kampung di pekarangan masjid kampung berkenaan.

    Datuk Rubiah Wang menyempurnakan simbolik pengagihan bubur lambuk untuk penduduk Kampung Endap.

    Seterusnya, Datuk Rubiah bersama ketua masyarakat mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk sekitar dengan harapan bersama-sama meraikan kesyukuran di bulan ramadan.

    Menurut Rubiah lagi, pengagihan tersebut merupakan aktiviti kedua yang dianjurkan pihaknya yang bertujuan berkongsi kenikmatan di bulan Ramadan dan pada masa sama mendekati masyarakat di kawasan Parlimen Kota Samarahan.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...