More
    Home Sarawak Kuching Pengambilan Khas Guru Sarawak: Anak Sarawak miliki ijazah dipelawa mengisi 1,000 kekosongan...

    Pengambilan Khas Guru Sarawak: Anak Sarawak miliki ijazah dipelawa mengisi 1,000 kekosongan melalui SPP

    KUCHING, 01 OGOS 2024 (SNN): Pengambilan khas guru akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar di sekolah rendah dan menengah di Sarawak.

    Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat negeri, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn memberitahu, pengambilan khas itu dibuka kepada siswazah Sarjana Muda terutama anak kelahiran Sarawak, dan permohonan boleh dibuat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

    “Calon yang berjaya akan menerima kontrak dua tahun dan mengikuti pengajian Diploma Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) melalui Kursus Dalam Cuti (KDC) dengan pembiayaan sendiri.

    “Selepas memperoleh Diploma Pendidikan, mereka akan ditawarkan mengajar secara tetap, bergantung kepada tapisan akhir oleh SPP,” katanya dalam sidang media, pada Rabu.

    Berikut merupakan kaedah permohonan yang boleh dilakukan di portal SPP mulai 01 Ogos ini

    Beliau menambah, calon yang berminat boleh menghantar permohonan melalui MySPP dan keputusan akan diumumkan pada Oktober atau November, dengan penempatan mengajar disasar pada November dan Disember ini.

    Mengulas lanjut mengenai status terkini kekurangan guru di negeri itu, Sagah berkata, menjelang 31 Disember tahun ini, Sarawak dijangka berdepan dengan masalah kekurangan 2,373 guru.

    Beliau berkata, 30 Pejabat Pendidikan Daerah mempunyai beberapa kekosongan, dengan enam daerah tertinggi terdiri daripada Serian, Daro, Kapit, Subis, Saratok dan Betong, tiap satu mempunyai lebih 100 kekosongan.

    “Kekurangan guru paling ketara adalah bagi subjek Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Moral, Prasekolah, Bahasa Melayu dan Pemulihan dan melalui pengambilan khas oleh SPP dan penempatan guru oleh Kementerian Pendidikan antara Julai dan November tahun ini, kami menjangka angka ini akan berkurangan kepada 1,130 orang, ” katanya.

    Ujarnya, bagi meningkatkan minat serta mempromosikan kekosongan jawatan itu kelak pihak kementeriannya bersama Pejabat Pendidikan Daerah akan melaksanakan jerayawara di seluruh negeri.

    Turut hadir sama ialah Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri; Dr Les Met, Setiausaha SPP; Radzi Hashim, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat; Adana Jed dan Penagrah Eksekutif Sarawak Skills; Hallman Sabri.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...