More
    Home Sarawak Kuching Penduduk Seberang Hilir tidak sabar untuk berpindah ke penempatan semula Darul Hana

    Penduduk Seberang Hilir tidak sabar untuk berpindah ke penempatan semula Darul Hana

    KUCHING, 30 SEPTEMBER 2021 (SNN) : Kebanyakan penduduk yang bakal berpindah ke penempatan Darul Hana melahirkan keterujaan selepas melihat kemajuan pembinaan rumah dan kemudahan yang disediakan.

    Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia secara tidak langsung akan melancarkan proses perpindahan kumpulan pertama dari tiga kampung.

    “Kumpulan pertama yang berpindah seawal penghujung tahun ini akan melibatkan penduduk dari Kampung Panglima Seman Lama, Kampung Semarang dan Kampung Pulo Ulu. Rata-rata penduduk kampung teruja untuk berpindah ke kawasan ini selepas melihat kualiti rumah dan kemudahan lengkap yang disediakan.

    “Kumpulan pertama merangkumi 564 unit rumah pembagai bentuk dengan lapan kategori rekabentuk utama,” katanya pada sidang media selepas melawat Projek Pembangunan Darul Hana di sini, semalam.

    Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi bersama rombongan bergambar selepas meninjau kawasan perumahan yang telah siap

    Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaskan, kebanyakan rumah untuk kumpulan pertama hampir siap sepenuhnya dan bagi tempoh perpindahan untuk kumpulan pertama dijangkakan memakan masa tiga hingga enam bulan.

    “Penduduk yang berpindah tidak akan dibebani dengan sebarang bayaran termasuk urusan berkaitan kontraktor, peguam atau kemudahan utiliti,” ujarnya lagi.

    Dr Abdul Rahman yang mewakili penduduk kampung berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana prihatin dengan pembangunan Darul Hana.

    Untuk makluman, pembangunan ini dilancarkan pada 2011 dan Ketua Menteri terlibat secara langsung untuk memastikan setiap aspek dilaksanakan secara teliti bagi memberi kehidupan terbaik kepada masyarakat.

    Turut hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Asman Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif LCDA Nor-E Fawdzie Salleh, Penghulu Sedik Sitam dan wakil agensi dan AJK PBB.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan Awal Kanak-Kanak penting lahirkan generasi berkualiti pada masa akan datang

    0
    LIMBANG, 06 JANUARI 2025: Hari Apresiasi Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memainkan peranan penting dalam memperkasakan...