More
    Home Malaysia Penduduk kampung sekitar Sebuyau bakal menikmati liputan telekomunikasi yang lebih baik dalam...

    Penduduk kampung sekitar Sebuyau bakal menikmati liputan telekomunikasi yang lebih baik dalam masa terdekat

    SEBUYAU, 18 MAC 2023 (SNN): Penduduk Kampung Kesindu, Sungai Ladong, Kampung Seberang, Sebuyau bakal menikmati liputan rangkaian telekomunikasi yang lebih baik dalam jangka masa yang terdekat.

    Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi, menara telekomunikasi yang telah siap dibina di kampung tersebut akan memudahkan penduduk setempat menikmati liputan telekomunikasi yang lebih baik.

    Manakala di kawasan Kampung Sungai Ladong menara telekomunikasinya sudah beroperasi dan dapat diakses oleh penduduk setempat.

    Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di Daerah Sebuyau pada Khamis.

    Sekitar lawatan Datuk Julaihi ke beberapa tpak projek RTP di bawah DUN Sebuyau.

    Tambah beliau lagi, pada masa ini kedua-dua pihak Sarawak Digital Economic Corporation (SDEC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang giat meneruskan pembinaan dan naiktaraf menara telekomunikasi di seluruh Sarawak.

    “Apabila siap dibina kelak, maka ianya akan mengambil masa dalam 3 hingga 5 bulan untuk menyiapkan pemasangan peralatan telekomunikasi sebelum dapan digunakan sepenuhnya,” jelasnya lagi.

    Datuk Haji Julaihi mengulas lanjut, projek-projek RTP 2022 DUN Sebuyau di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan adalah Projek Menaik Taraf Jalan Raya bernilai RM150,000 yang kini telah siap sepenuhnya.

    Selain itu katanya, projek jalan sepanjang 300 Meter di Kampung Kesindu, Sebuyau bernilai RM200,000 dilaksanakan di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) juga telah dapat digunakan oleh penduduk kampung.

    Hdir sama adalah CEO SDEC; Sudarnoto Osman, Pegawai MCMC; En Scot, Pegawai SMA; En Hadrizan, SAO Fazerin dan SAO Ajis serta beberapa pegawai SDEC, SMA, para pemimpin dan ahli JKKK kampung dan rumah panjang.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...