More
    Home Sarawak Betong Penduduk Kampung Bungey Debak jalani ujian saringan aktif Covid-19

    Penduduk Kampung Bungey Debak jalani ujian saringan aktif Covid-19

    DEBAK, 01 MEI 2021 (SNN) : Susulan terdapat kes positif covid-19 dikesan di kawasan itu, penduduk di Kampung Bungey, Debak telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan covid-19 bertempat di Masjid Darul Solihin bermula semalam.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Razi Sitam semasa membuat tinjauan menjelaskan, seramai 166 murid dan 300 orang penduduk kampung telah menjalani ujian saringan berkenaan selepas terdapat seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Bandar Debak didapati positif pada 28 April 2021 lalu.

    Dalam pada itu, penduduk kampung yang turut hadir menunaikan solat Jumaat serta solat sunat tarawih diantara tarikh 13 hingga 27 April juga diminta untuk menjalankan ujian saringan tersebut sekiranya terdapat penularan kes di sini tempoh hari dan arahan penutupan sementara semua masjid dan surau di kawasan itu juga dikeluarkan bagi kerja-kerja sanitasi dan menunggu keputusan ujian saringan.

    Jelas Razi, penduduk kampung berkenaan khususnya bagi semua warga Saribas diminta untuk sentiasa menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) serta memantau keselamatan anak-anak dan sentiasa berada dirumah sepanjang tempoh kuaranting agar tidak berlaku penularan wabak covid-19.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan awal asas utama pembentukan generasi muda cemerlang

    0
    KOTA SAMARAHAN, 09 JANUARI 2025: Pendidikan awal kanak-kanak menjadi asas penting dalam membentuk generasi muda yang cemerlang. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah...