More
    Home Malaysia Penduduk di kawasan rendah diminta terus waspada dengan fenomena air pasang besar

    Penduduk di kawasan rendah diminta terus waspada dengan fenomena air pasang besar

    KOTA SAMARAHAN, 07 DISEMBER 2021 (SNN) :Fenomena air pasang besar yang berlaku sejak Selasa lalu hingga penghujung minggu ini memberi impak kepada struktur benteng di sepanjang sungai dan pinggir laut khususnya di Kampung Moyan Laut dan Kampung Asajaya Ulu.

    Berikutan hal itu, Ahli Parlimen Kota Samarahan, Hajah Rubiah binti Haji Wang melalui perkongsian beliau di akaun Pusat Khidmat Parlimen Kota Samarahan meminta pihak dari Jabatan Pengairan Dan Saliran (DID) untuk melakukan pemantauan dan membaik pulih segera benteng-benteng yang mengalami kerosakan akibat daripada fenomena tersebut.

    Kerja-kerja menembok benteng sedang giat dilakukan bagi mengurangkan masalah air melimpah masuk ke kawasan perumahan

    Katanya lagi pihaknya telah melakukan persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir yang berpunca dari fenomena air pasang besar dan hujan pada setiap penghujung tahun sejak daripada awal lagi termasuklah kerja-kerja menyelenggara perparitan yang telah giat dilaksanakan sejak pertengahan tahun ini.

    Hajah Robiah turut berharap dengan persediaan yang telah dilakukan dapat mengurangkan impak bencana banjir yang berlaku terutamanya ketika musim monsun Timur laut ataupun musim tengkujuh yang dijangka berakhir pada Mac tahun hadapan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...