More
    Home Sarawak Samarahan Penduduk Daerah Simunjan bersyukur diberi kebenaran menjalankan ibadah sunat tarawih sepanjang ramadhan

    Penduduk Daerah Simunjan bersyukur diberi kebenaran menjalankan ibadah sunat tarawih sepanjang ramadhan

    SIMUNJAN, 27 APRIL 2021 (SNN) : Kebenaran untuk menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau memberi pengalaman yang bermakna buat penduduk di Daerah Simunjan selepas tidak dapat melaksanakannya pada tahun lepas ekoran penularan wabak Covid-19.

    Perkara ini sudah pasti dapat menghidupkan kembali suasana ramadhan dengan kembali meriahnya surau dan masjid yang dipenuhi oleh jemaah yang datang menunaikan solat.

    Sehubungan itu, jemaah yang hadir hendaklah sentiasa mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan termasuklah memakai pelitup muka, mengimbas suhu dan mengisi maklumat diri serta membawa sejadah mereka sendiri.

    Walaupun majlis Iftar dan Moreh tidak dibenarkan selepas solat tarawih, namun itu tidak mengurangkan seri sambutan bulan mulia ini kerana dengan kebenaran untuk melaksanakan solat sunat tarawih sudak mencukupi.

    Justeru, jemaah turut berharap agar solat sunat Aidilfitri kelak juga dibenarkan memandangkan kawasan Simunjan kekal berstatus hijau.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Wisma Melayu dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini-Awang Tengah

    0
    KUCHING, 01 MAC 2025 (SNN): Projek pembinaan Wisma Melayu di Jalan Diplomatik, Petra Jaya yang akan menjadi mercu tanda kebudayaan masyarakat Melayu Sarawak kini...