More
    Home Sarawak Limbang Penduduk boleh ambil inisiatif promosikan tempat menarik menerusi pertandingan 'Ten Top Wishlist'-Nancy

    Penduduk boleh ambil inisiatif promosikan tempat menarik menerusi pertandingan ‘Ten Top Wishlist’-Nancy

    LIMBANG, 21 MAC 2021 (SNN) : Penduduk tempatan khususnya di kawasan kampung yang memiliki kawasan menarik yang berpotensi dijadikan tempat pelancongan boleh mengambil inisiatif menyertai pertandingan ‘Ten Top Wishlist’ yang dianjurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

    Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Dato’ Sri Nancy Shukri baru-baru ini datang melawat ke Daerah Limbang bagi melihat beberapa kawasan pelancongan yang dimajukan berkata, kita sedang mengenal pasti beberapa tempat dan produk di Daerah Limbang yang berpotensi dijadikan daya tarikan pelancongan untuk penduduk tempatan dan orang luar.

    “Yang paling penting adalah kita perlu mempromosikan tempat yang berpotensi untuk dijadikan tempat pelancongan. Oleh itu, bagi pihak kami mencadangkan agar penduduk Limbang sendiri mempromosikan tempat mereka melalui Pertandingan Ten Top Wishlist kerana Kementerian kita sekarang ini membuka pertandingan tersebut untuk orang ramai.

    “Jadi bagi mereka yang ingin mencuba dan mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk menyertai pertandingan tersebut boleh melayari laman web Tourism Malaysia,” kata beliau semasa ditemui media selepas mengadakan lawatan ke Lumpur Bebuak Kampung Meritam pada Jumaat.

    Lumpur Bebuak Kampung Meritam yang terletak 37 kilometer dari bandar Limbang merupakan salah satu produk pelancongan yang terdapat di Daerah Limbang dan ia mempunyai keunikan yang tersendiri.

    Ujar beliau, melalui pertandingan ‘Ten Top Wishlist’ ini akan memberi penekanan kepada penduduk tempatan untuk menbincangkan bersama berkenaan produk perlancongan. Sebagai contohnya, Lumpur Bebuak ini salah satu tempat pelancongan yang unik dan ada banyak lagi seperti makanan, sejarah-sejarahnya, serta adat budaya kaum yang ada di daerah ini turut boleh dijadikan satu tarikan pelancongan.

    Turut hadir sama mengiringi Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Dato’ Dr Noor Zari Hamat, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Ibrahim Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Dato’ Zainuddin Abdul Wahab, Walikota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat dan Ketua Kampung Meritam Mahmud Gampal.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Jambatan Bandar Lawas rancakkan lagi sektor pembangunan kawasan Utara Sarawak

    0
    LAWAS, 28 NOVEMBER 2024: Projek Jambatan Bandar Lawas baharu di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dijangka membawa impak besar kepada pembangunan wilayah Utara...