Daro, 23 Ogos 2025: Semasa Penganjuran Kejohanan Olahraga Tahunan dan Sukan Pra-Sekolah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad menekankan bahawa sukan tahunan di sekolah merupakan platform terbaik mencungkil bakat baharu dalam bidang sukan. Malah, ia juga berupaya turut memperkukuh semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama dalam kalangan pelajar.
Ujarnya lagi, dengan populariti aktiviti sukan semasa selain pelaksanaan kokurikulum di sekolah, perkembangan ini dapat memupuk generasi pelajar sihat, cerdas serta berdaya saing.
Dalam ucapan perasmian beliau berkata “Sukan harus seiring dengan pendidikan anak-anak kerana keseimbangan kedua-duanya akan melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah cergas dan berakhlak mulia”.

Dalam pada masa yang saya beliau turut menyeru kepada kalangan ibu bapa sentiasa peka terhadap perkembangan anak-anak di sekolah dengan memberikan sokongan penuh terhadap penyertaan mereka dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Ulu Daro menerima sejumlah RM5,000 daripada Pusat Khidmat DUN N.43 Daro.