More
    Home Sarawak Kuching Pendidikan Percuma Anak Sarawak: Perincian Kursus yang Ditawarkan akan didedahkan November ini-Roland...

    Pendidikan Percuma Anak Sarawak: Perincian Kursus yang Ditawarkan akan didedahkan November ini-Roland Sagah

    KUCHING, 12 MAC 2025: Perincian kursus yang akan ditawarkan untuk pendidikan percuma di universiti milik Sarawak akan dimaklumkan pada November ini demikian kata Menteri Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

    Menurut beliau, kebanyakan kursus yang akan ditawarkan nanti adalah berkaitan sains dan untuk maklumat lebih terperinci akan diumumkan pada bulan November ini.

    “Saya akan umumkan senarai kursus secara terperinci supaya kita semua tahu dan secara kasar sekarang ini ialah kursus yang berkaitan dengan sains dan untuk aliran seni pula, ialah yang saya sebutkan sebentar tadi.

    “Jadi, buat masa sekarang kita biarkan pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dahulu,” katanya dalam satu sidang media STEM Catalyst – Raspberry Pi 2025 yang diadakan di Bangunan Pentadbiran Sarawak Skills di sini pada Rabu.

    Dato Sri Roland Sagah menyaksikan satu demostrasi semasa Program STEM Catalyst – Raspberry Pi 2025-foto UKAS

    Antara aliran seni yang ditawarkan adalah kewangan, perakaunan, undang-undang dan psikologi, jelasnya.

    Katanya lagi, permohonan bagi kursus yang ditawarkan akan dibuka selepas November ini dengan tiada penetapan kuota akan dilaksanakan serta pengambilan pertama pelajar akan bermula dari Februari hingga April 2026.

    Dato Sri Roland menambah, inisiatif pendidikan percuma ini kini memasuki peringkat terakhir-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    KETEQ AI peranti penukar kuasa berasaskan (AI) pertama seumpamanya di dunia...

    0
    CARDIFF, 30 APRIL 2025: Kerajaan Sarawak mencatat satu lagi pencapaian penting dalam bidang teknologi global apabila memperkenalkan KETEQ AI iaitu peranti penukar kuasa berasaskan...