More
    Home Malaysia Pendidikan Faktor Utama Kejayaan Sesebuah Komuniti

    Pendidikan Faktor Utama Kejayaan Sesebuah Komuniti

    KUCHING, 12 NOVEMBER 2023: Bidang pendidikan dilihat masih menjadi faktor utama untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah komuniti.

    Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, pendidikan sememangnya menjadi pemangkin utama dalam membentuk komuniti yang berjaya sejak dari dahulu lagi.

    “Kekuatan, kejayaan dan kestabilan sesebuah komuniti dapat dilihat melalui salah satu elemen utama yang menjadi pemangkin utama dalam penyatuan komuniti iaitu pendidikan yang berkualiti,” jelas beliau.

    Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee dalam Majlis Makan Malam dan Konsert Sambutan Jubilee Platinum Lodge di sini pasa Sabtu.

    Menurut Datuk Patinggi Abang Zohari, kerajaan Sarawak amat menitikberatkan bidang pendidikan kepada anak-anak Sarawak dengan meningkatkan pembangunan dalam bidang tersebut dengan pengenalan bidang-bidang baharu.

    “Kini, Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan teknologi digital untuk masa hadapan di mana keputusan kepada pengenalan digital ini akan memanfaatkan semua lapisan masyarakat kini mahupun generasi pada masa hadapan,” tambah beliau lagi.

    Sempena Sambutan Jubilee Platinum Lodge, beliau berharap agar sekolah berkenaan terus cemerlang dalam melahirkan pelajar yang berwawasan, menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dan membentuk pelajar ke arah masa depan yang lebih baik.

    Dalam majlis tersebut, turut disampaikan replika cek kepada pertubuhan-pertububan kebajikan dan cabutan bertuah kepada para tetamu yang hadir.

    Hadir sama Pengerusi Persatuan Sekolah Lodge; Allister Hilton Smith, Mantan Pengerusi Pertama Persatuan Sekolah Lodge; Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Jugah dan dif-dif kenamaan yang lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...