More
    Home Sarawak Limbang Pendidikan Awal Kanak-Kanak penting lahirkan generasi berkualiti pada masa akan datang

    Pendidikan Awal Kanak-Kanak penting lahirkan generasi berkualiti pada masa akan datang

    LIMBANG, 06 JANUARI 2025: Hari Apresiasi Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memainkan peranan penting dalam memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak.

    Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah berkata, program Hari Apresiasi ini diadakan dengan tujuan untuk mempereratkan hubungan antara pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat.

    Ahli Parlimen Lawas itu turut menyatakan rasa kagum dan bangga dengan komitmen KEMAS yang terus melaksanakan program pendidikan secara inklusif dan memberi manfaat kepada kanak-kanak dari pelbagai latar belakang di seluruh negeri.

    Datuk Hasbi ketika menyempurnakan perasmian Hari Apreasisasi Taska&Tabika anjuran KEMAS-UKAS

    “Program ini bukan sahaja memberi ilmu tetapi juga membantu membentuk sikap toleransi dan perpaduan dalam kalangan generasi muda,” tambah beliau yang hadir merasmikan Majlis Apreasiasi Tabika dan Taska anjuran KEMAS di Lawas baru-baru ini.

    Datuk Hasbi menambah, dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kerjasama komuniti, ia memberi peluang kepada semua pihak untuk bersama-sama meraikan pencapaian kanak-kanak yang telah menerima sijil apresiasi.

    “Nilai perpaduan mesti diterapkan sejak usia muda. Melalui interaksi antara kanak-kanak dari pelbagai kaum dan budaya di Taska dan Tabika, mereka belajar untuk menghargai perbezaan dan hidup harmoni,” ujar beliau-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Wartawan di wilayah Sarawak di cadangkan mengikuti latihan profesional kewartawanan

    0
    KUCHING, 07 JANUARI 2025: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dicadangkan untuk menyertai Institut Akhbar Malaysia (MPI) sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan profesionalisme wartawan...