More
    Home Malaysia Penampilan muka baharu dalam perwakilan parti wajar mempertahankan PBB dengan penuh disiplin...

    Penampilan muka baharu dalam perwakilan parti wajar mempertahankan PBB dengan penuh disiplin yang telah memberi sumbangan besar kepada Sarawak

    SARIKEI, 05 APRIL 2022 (SNN) : Mesyuarat Tiga Tahun Sekali Cawangan N41 Kuala Rajang 2022-2025 yang berlangsung pada Ahad lalu di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Sarikei telah menyaksikan beberapa muka baharu dalam pembentukan Ahli Jawatankuasa Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

    Naib Yang Dipertua Parti merangkap Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, PBB telah memberi sumbangan yang cukup besar terhadap pembangunan di negeri Sarawak dan perwakilan dalam parti sewajarnya harus mempertahankan parti itu dengan penuh disiplin.

    “Pembubaran AJK Pemuda PBB Cawangan N41 kuala Rajang kali ini yang menyaksikan beberapa muka baharu terutama Pemuda PBB diingatkan agar sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan dan meneruskan perjuangan parti agar dapat mencapai kemakmuran dalam memberi khidmat kepada rakyat.

    “Dalam masa yang sama, saya turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Datu Hj Len Latif selaku tuan rumah yang telah menang tanpa bertanding sebagai Ketua Cawangan PBB N41 Kuala Rajang dan juga kepada Ketua Wanita serta Ketua Pemuda baharu dan semua AJK yang dilantik,” kata beliau semasa berucap merasmikan Mesyuarat Tiga Tahun Sekali (TGM) Mesyuarat Perwakilan Cawangan PBB N41 Kuala Rajang.

    Proses pengundian AJK Pemuda dan Wanita baharu yang sedang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Sarikei pada Ahad.

    Pada masa yang sama, Ketua Pemuda PBB baharu saudara Mohd Hafizd dalam ucapan beliau turut berpesan kepada semua pemuda-pemuda N41 Kuala Rajang untuk meneruskan serta meningkatkan lagi misi dan visi Pemuda di kawasan DUN N41 disamping memberi sokongan sepenuhnya kepada Ketua Cawangan PBB N41 yang juga selaku ADUN Kuala Rajang untuk membawa lebih banyak pemabangunan di kawasan ini.

    Turut hadir sama YB Ir. Yusuf Bin Abd Wahab; Ahli Parlimen P206 Tanjong Manis, Hj Kenil bin Hj Jeraiie; Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak, Puan Faridah binti Osman; Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak, Puan Cr Nazatulshima binti Bujang; Majlis Tertinggi Wanita Negeri Sarawak serta para perwakilan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Wartawan di wilayah Sarawak di cadangkan mengikuti latihan profesional kewartawanan

    0
    KUCHING, 07 JANUARI 2025: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dicadangkan untuk menyertai Institut Akhbar Malaysia (MPI) sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan profesionalisme wartawan...