More
    Home Sarawak Limbang Pemindahan ‘Nusantara’ Ibu Negara Indonesia Di Kalimantan Beri Manfaat Besar Kepada Ekonomi...

    Pemindahan ‘Nusantara’ Ibu Negara Indonesia Di Kalimantan Beri Manfaat Besar Kepada Ekonomi Sarawak

    LAWAS, 24 MAC 2022 (SNN) : Penyertaan syarikat tempatan Sarawak seperti Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam pembinaan projek besar di Indonesia merupakan satu penghargaan terhadap kepakaran anak tempatan Sarawak.

    Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, beliau telah pergi ke Indonesia bagi memuktamadkan penglibatan Sarawak menerusi SEB dalam pembangunan hidroelektrik di Kalimantan, Indonesia yang akan menjadi ibu negara baharu Indonesia.

    “Mereka (Indonesia) telah menjemput SEB untuk membantu dalam pembinaan hidroelektrik. Kita tahu Indonesia akan memindahkan ibu negara ke Kalimantan yang dipanggil Nusantara dan mereka mempunyai perancangan. Jadi, pembangunan itu akan memberi impak kepada kita.

    “Ianya juga akan memberi manfaat kepada kita terutama sekali dari segi perdagangan sempadan dan kita boleh merancang pembangunan di kawasan-kawasan sempadan,” katanya semasa berucap dalam Socio-economic LAB anjuran Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) di Hotel Seri Malaysia, Lawas pada Selasa.

    Timbalan Premier Sarawak berucap sekaligus merasmikan Program Socio-economic anjuran NRDA di Lawas-Kredit foto FB Awang Julaihi

    Mengulas mengenai penganjuran Socio-economic LAB, Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Ismawi Ismuni berkata, makmal ini diadakan selaras dengan strategi menjadikan Sarawak negeri maju menjelang 2030.

    “Kerajaan Sarawak telah menggariskan hala tuju yang begitu jelas dan memperuntukkan peruntukan yang begitu besar untuk memperkasakan lagi ekonomi Sarawak sebanyak dua kali ganda untuk menjadi sebuah negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030,” katanya.

    Ujarnya lagi, hala tuju ini meliputi setiap projek pembangunan dan sosio ekonomi selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS) 2030 yang terdiri daripada 7 teras strategik iaitu mentranformasikan struktur ekonomi agar lebih kompetitif, kemudahan urusan perrniagaan, perbelanjaan untuk kawasan yang memberi kesan paling banyak terhadap ekonomi, sosial dan alam sekitar, membangunkan modal insan bagi menyokong pembangunan sosio ekonomi, mempercepatkan penggunaan digital dan data untuk menjana hasil dan yang ketujuh adalah untuk memacu faedah ekonomi dan sosial semua rakyat Sarawak dengan memberi tumpuan kepada penduduk miskin.

    Hadir sama Pemangku Residen Bahagian Limbang Sebi Abang, Pengarah Kebajikan Masyarakat Sarawak Noriah Abang, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak Lester Matthew dan Ketua-ketua Jabatan dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Lawas.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Muhammad Nazmi, Guru dari Sarawak Tersenarai 10 Finalis Anugerah Guru Global...

    0
    KUCHING, 31 JANUARI 2025 (SNN): Terkenal dengan pendekatan pengajaran dalam bilik darjah yang inovatif dan pelbagai inisiatif pacu pembangunan komuniti, seorang pendidik dari Sarawak,...