More
    Home Sarawak Kuching Pemilihan Kuching sebagai tuan rumah GMBF 2023 langkah pertama promosi tenaga hijau...

    Pemilihan Kuching sebagai tuan rumah GMBF 2023 langkah pertama promosi tenaga hijau dan teknologi digital Sarawak

    KUCHING, 25 NOVEMBER 2023 (SNN): Global Muslim Business Forum (GMBF) 2023 akan diadakan di Borneo Convention Centre Kuching pada 28 sehingga 30 November ini memberikan peluang besar kepada Sarawak untuk mempamerkan pencapaian dan kejayaan Sarawak khususnya dalam bidang tenaga hijau dan teknologi digital..

    Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, GMBF 2023 bertujuan menjadi hab ilmu pengetahuan bagi kerajaan, syarikat dan masyarakat awam untuk mencari peluang terbaik dalam pelbagai domain seperti kewangan Islam, teknologi hijau dan pertanian.

    “Melalui Global Muslim Business Forum (GMBF) 2023, kerajaan, syarikat, organisasi antarabangsa, pelabur dan masyarakat awam boleh bersidang untuk membincangkan dan membahaskan isu-isu utama ini.

    “Ia merupakan saluran untuk berhubung, bekerjasama dan menyumbang pandangan serta menekankan trend terkini dalam pelbagai sektor.

    “GMBF 2023 juga merupakan platform yang ideal untuk menghubungkan dunia Islam dengan masyarakat bukan Islam,” katanya semasa sidang media GMBF 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Jumaat.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari itu menambah, forum ini akan menampilkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta Naib Presiden Indonesia, Prof Dr. (Honoris Causa) Kyai Ma’ruf Amin pada Malam Gala Perasmian GMBF 2023 pada 28 November ini.

    Sidang media GMBF 2023 oleh Timbalan Premier selepas sesi Persidangan DUN pada semalam.-Foto UKAS

    Dalam pada itu, Presiden KSI Strategic Institute for Asia Pacific (KSI) Tan Sri Micheal Yeoh berkata, Sarawak telah mencatatkan kecemerlangan serta kemajuan dalam dua bidang tersebut.

    Malah, beliau percaya Sarawak muncul sebagai negeri yang terkemuka di Malaysia dalam membangunkan dan mempromosikan tenaga hijau dan teknologi digital.

    “Forum ini memberi peluang kepada pelabur dan usahawan dari luar negara seperti Eropah, Timur Tengah, Amerika Syarikat, China dan bahagian lain di Asia untuk datang ke Sarawak dan mengenalpasti peluang kerjasama perniagaan bersama ahli perniagaan sekaligus memasuki pasaran Sarawak,” katanya.

    Forum bertemakan ‘Inovasi dan Transformasi dalam Ekonomi Islam’ itu anjuran Kerajaan Sarawak dengan kerjasama KSI Strategic Institute for Asia Pacific (KSI), Dewan Perniagaan, Perindustrian dan Pertanian Islam dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Global One.

    Difahamkan, forum tersebut nanti menyasarkan lebih 1,000 tetamu jemputan yang hadir termasuk lebih 60 penceramah tempatan dan antarabangsa.

    Turut hadir sama Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan II; Datuk Dr. Ripin Lamat, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan); Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat; Datuk Dr Annuar Rapaee, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi; Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman); Dato Murshid DiRaja Dr. Juanda Jaya dan dif-dif kehormat yang lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...