More
    Home Malaysia Pembukaan Seksyen Pujut Lebuh Raya Pan Borneo singkatkan perjalanan kawasan Utara Sarawak

    Pembukaan Seksyen Pujut Lebuh Raya Pan Borneo singkatkan perjalanan kawasan Utara Sarawak

    MIRI, 08 OGOS 2022 (SNN): Seksyen Pujut bagi Pakej Kerja 11 (WPC 11) Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak dijangka akan menyingkatkan lagi perjalanan rakyat Sarawak setelah ia kini dibuka secara rasmi untuk kegunaan ramai.

    Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof memberitahu, seksyen sepanjang 15.9 kilometer (km) dengan kos sebanyak RM470 juta itu akan membantu memudahkan pengaliran trafik dari Lapangan Terbang Miri ke Permyjaya dan seterusnya ke Kuala Baram.

    “Selain itu, penduduk di sepanjang jajaran iaitu Emart Riam, Miri Sentral, South Lake Permyjaya dan Vista Perdana turut mendapat faedah infrastruktur jalan raya yang lebih baik, selesa dan selamat hasil daripada pembinaan seksyen Pujut ini.

    “Skop pembinaannya juga merangkumi dua jambatan di Sungai Miri dan Sungai Sadong selain melibatkan pembinaan dua persimpangan bertingkat,” katanya dalam ucapan aluan pada Majlis Perasmian Pembukaan LPB Sarawak, Seksyen Pujut Bagi WPC 11 di perkarangan Permy Mall di sini pada Ahad.

    Simbolik Perasmian Pembukaan Seksyen Pujut yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob

    Menteri Kanan Kerja Raya itu mengulas lanjut, seksyen Pujut merupakan salah satu daripada tiga seksyen di bawah WPC 11 yang merangkumi jalan dari Sungai Tangap hingga ke Jalan Pujut Link.

    Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata, kemajuan terkini projek LPB Sarawak adalah sebanyak 85 peratus.

    Sehubungan itu, Dato Sri Fadillah berharap agar masyarakat bersabar dan terus memberikan kerjasama sehingga projek tersebut siap sepenuhnya yang dijangka pada suku pertama tahun 2023.

    Pada majlis itu, pembukaan Seksyen Pujut bagi WPC 11 LPB Sarawak telah dirasmikan bersama oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob serta Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

    Turu hadir sama Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak; Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Julaihi Narawi; Setiausaha Kerajaan Sarawak; Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki; serta Dif-Dif Kehormat yang lain.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pelancaran Pavillion Sarawak di MWC Barcelona platform Sarawak tarik pelabur asing...

    0
    BARCELONA, 04 MAC 2025: Kerajaan Sarawak secara rasmi telah melancarkan Pavillion Sarawak sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Barcelona 2025 yang berlangsung selama empat...