More
    Home Sarawak Limbang Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara Limbang-Miri Fasa 1 dalam proses pelaksaan

    Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara Limbang-Miri Fasa 1 dalam proses pelaksaan

    LAWAS, 06 FEBRUARI 2024: Jalan perhubungan fasa pertama bagi projek Lebuhraya Pesisir Utara menuju ke Limbang hingga Miri tanpa melalui Brunei Darussalam kini sedang giat dilaksanakan.

    Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, projek kerajaan Sarawak tersebut telah melalui fasa pertama dan akan memulakan fasa seterusnya tidak lama lagi.

    “Tahun ini kita akan melaksanakan projek Lebuhraya Pesisir Utara dari Limbang hingga ke Lawas. Fasa pertama sedang berjalan dan akan diikuti dengan fasa seterusnya. Kita juga akan menyambung Limbang dan Lawas ini kepada ‘State Grid’ yang berkaitan dengan bekalan kuasa.

    “Projek ini dijangka dapat disiapkan dalam tahun ini,”ujarnya semasa berucap merasmikan Majlis Ziarah Kumpulan Zikir Wanita Masjid Baitul Iman Daerah Limbang ke Masjid Datuk Pengiran Haji Matusin Kampung Dato Kuala Lawas, pada Ahad.

    Datuk Amar Awang Tengah menyampaikan saguhati kepada salah satu kumpulan zikir-foto UKAS

    Antara pengisian program ialah persembahan bacaan Al-Quran, zikir marhaban dan tauseh muslimah Masjid Datuk Pengiran Haji Matusin serta persembahan zikir wanita daripada Masjid Baitul Iman, Limbang.

    Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari berkata, aktiviti seperti zikir hendaklah disuburkan setiap masa dan merupakan satu aktiviti yang harus dipertahankan.

    “Jangan kita mudah terpengaruh dengan fahaman ekstrim dan ideologi yang bertentangan dengan ajaran agama yang akhirnya membawa perpecahan di kalangan masyarakat.

    “Aktiviti seperti ini boleh meningkatkan lagi silaturrahim dan kita dapat bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain,”tambahnya.

    Turut hadir Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak; Awangku Zainal Abedin Dato Pengiran Jawa, Ahli Parlimen Lawas; Dato Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang; Unus Tambi, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA); Dato Ubaidillah Abdul Latip serta Pegawai Daerah Lawas; Ladin Atok.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Faizzil Affandi dinobat juara Qari Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Sarawak...

    0
    KOTA SAMARAHAN, 28 FEBRUARI 2025: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Ke-64 telah melabuhkan tirainya di Dewan Suarah Kota Samarahan pada Khamis...