More
    Home Sarawak Betong Pembinaan Lapangan Terbang Spaoh bukan projek sakit seperti diperkatakan pihak pembangkang-Unggah

    Pembinaan Lapangan Terbang Spaoh bukan projek sakit seperti diperkatakan pihak pembangkang-Unggah

    BETONG, 16 SEPTEMBER 2022 (SNN): Projek lapangan terbang Spaoh bukanlah projek sakit seperti yang diperkatakan oleh pihak pembangkang.

    Timbalan Premier merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) bercadang menambah landasan daripada 790 meter kepada 1190 meter panjang dan jalur landasan daripada 850 kepada 1370 meter.

    Katanya, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg semasa lawatan ke tapak awal tahun ini, telah menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap panjang landasan yang mengehadkan jenis pesawat yang boleh mendarat.

    “Memandangkan ia ditambah dari segi panjang, masa untuk siap terpaksa dipanjangkan. Saya telah diberitahu ini bukan projek sakit, projek itu sebenarnya telah mengikut jadual yang ditetapkan. Pembangkang memang kerja mereka untuk mencari keselahan.

    “Oleh kerana ianya ditambah dari segi panjangnya, maka waktu untuk disiap akan mengambil masa dan sudah ditetapkan ke 10 Februari 2024,” katanya ketika ditemui media di Tapak pembinaan projek Lapangan Terbang, Bebuling, Spaoh pada Khamis.

    Pelan pembinaan Lapangan Terbang Spaoh di Bebuling yang bakal mencetus pertumbuhan ekonomi apabila siap kelak.-Foto UKAS.

    Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban menjelaskan dengan tenaga kerja, jentera dan bahan binaan yang mencukupi, beliau yakin projek itu dapat disiapkan mengikut jadual.

    “Di sini saya telah diberitahu dari segi jentera, bahan-bahan pembinaan dan pekerja cukup mengikut apa yang dianggarkan oleh pihak JKR. Jadi dengan perkembangan ini, saya yakin projek ini dapat disiapkan mengikut jadual. Saya juga akan turun dari semasa ke semasa, kerana ini kawasan saya juga.

    “Adalah penting untuk menentukan projek ini sudah siap kerana kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan Premier Sarawak mahu mempergiatkan lagi pembangunan di Sarawak,” ujarnya.

    Terdahulu Datuk Amar turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM92,500.00 kepada pelbagai badan bukan kerajaan Cina di Spaoh.

    Turut hadir Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak; Dr. Richard Rapu, Ketua Projek & Pengurus Wilayah Selatan, JKR Negeri Sarawak; Meehan Jorai, Jurutera Bahagian, JKR Bahagian Betong; Oliver Ngabong Jimmy, Setiausaha Majlis Daerah Betong dan Pegawai Tadbir menguasa Daerah Kecil Spaoh; Lister Clement Guwie.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...