More
    Home Sarawak Kuching Pembinaan Lapangan Terbang Lawas yang baharu menggunakan tekonologi hijau & mesra pengguna-Awang...

    Pembinaan Lapangan Terbang Lawas yang baharu menggunakan tekonologi hijau & mesra pengguna-Awang Tengah

    KUCHING, 13 OGOS 2022 (SNN): Pembinaan Lapangan Terbang Lawas yang baharu akan menekankan elemen teknologi hijau dan mesra pengguna sekaligus memberi manfaat kepada warga Lawas dan di sekitarnya.

    Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, lapangan terbang baharu di Sundar itu dijangka bermula pada suku pertama tahun depan dan dijadual siap sepenuhnya menjelang akhir 2026 yang akan memberi perkhidmatan lebih luas terutamanya ke bahagian lain di Sarawak, Sabah, Brunei Darussalam dan Indonesia.

    “Lawas juga memerlukan sebuah lapangan terbang yang lebih besar untuk menampung kemasukan pelancong dan memudahkan usaha menarik pelaburan ke kawasan utara Sarawak.

    “Oleh itu, projek lapangan terbang baharu ini penting kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di wilayah utara selain memperkenalkan budaya pelbagai kaum di kawasan utara Sarawak kepada orang luar,” katanya semasa menyempurnakan penutupan makmal cadangan pembangunan Lapangan Terbang Lawas baharu di sebuah hotel di sini pada Jumaat.

    Dalam pada itu, ADUN Bukit Sari yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) itu memberitahu, Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) merupakan agensi pelaksana kepada projek berkenaan.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datu Ismawi Ismuni berkata, penganjuran makmal seumpamanya penting untuk menyelaraskan semua pihak yang terlibat dalam projek tersebut dengan mengoptimumkan reka bentuk dan kos projek tanpa menjejaskan kualiti lapangan terbang baharu.

    “Akhirnya, kita mahu menyampaikan projek itu tepat pada masanya, dengan kos paling optimum tanpa menjejaskan kualiti untuk manfaat rakyat,” katanya.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...