More
    Home Malaysia Pembinaan Jambatan Batang Rajang dan Jalan Pasi bakal memberi manfaat besar kepada...

    Pembinaan Jambatan Batang Rajang dan Jalan Pasi bakal memberi manfaat besar kepada pertumbuhan sosioekonomi masyarakat di Sarikei apabila siap kelak

    SARIKEI, 23 FEBRUARI 2022 (SNN) : Projek pembinaan Jalan Pasi ke Tanjung Manis dan pembinaan Jambatan Batang Rajang bernilai lebih RM321 juta yang kini sedang giat dilaksanakan bakal merancakkan sosioekonomi masyarakat setempat.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur), Ir. Aidel Lariwoo ketika melakukan lawatan kerja di tapak pembinaan berkenaan berkata, status pelaksanaan keseluruhan projek kini adalah sekitar 45 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2024 mengikut jaduak yang telah ditetapkan.

    Dalam pada itu, beliau yang juga ADUN Sadong Jaya menambah walaupun ada sedikit kelewatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 sebelum ini namun ianya diyakini dapat diatasi dengan penyelarasan yang dilakukan oleh pihak kontraktor.

    “Dua komponen utama dalam projek ini ialah pembinaan jalan raya sepanjang 17 kilometer dan pembinaan Jambatan Batang Rajang,” katanya dalam sidang media selepas taklimat projek pembangunan bahagian Sarikei di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarikei di bilik mesyuarat JKR Sarikei pada Selasa.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak bersama pihak kontraktor meinjau sendiri perkembangan terkini pembinaan jambatan Batang Rajang-Kredit foto YB Aidel Lariwoo

    Tambah beliau lagi, tujuan lawatan tersebut juga untuk memperincikan sedikit sebanyak semua projek yang dikendalikan oleh JKR Sarikei termasuk bahagian, kawasan tengah dan unit peringkat jalan pesisir.

    Sehubungan itu, beliau berpuas hati dengan perkembangan projek pembangunan di Bahagian Sarikei dan mengucapkan tahniah kepada JKR Sarikei berikutan projek yang direncanakan berjalan mengikut ketetapan kontrak walaupun terdapat penangguhan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Sementara itu, projek jalan raya sepanjang 17 km yang sedang dibina adalah mengikut standard R3 dan apabila siap kelak, perjalanan dari Sarikei ke Tanjung Manis cuma mengambil masa 45 minit sahaja, berbanding sebelum ini mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembukaan Jambatan Muara Lassa untuk orang awam bakal pacu pembangunan ekonomi...

    0
    DARO, 03 JANUARI 2025: Majlis prapelancaran Jambatan Muara Lassa akan diadakan pada 9 Januari ini, yang dijangka disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas...