More
    Home Sarawak Samarahan Pembinaan jalan ke kawasan kampung memberi impak positif kepada sosioekonomi penduduk-Datuk Julaihi

    Pembinaan jalan ke kawasan kampung memberi impak positif kepada sosioekonomi penduduk-Datuk Julaihi

    SEBUYAU, 10 NOVEMBER 2021 (SNN) : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi berkesempatan meninjau sendiri bagi melihat perkembangan projek pembinaan jalan sambungan menuju ke Rumah Panjang Ensika Lama.

    Setakat ini ujar beliau pembinaan jalan berkenaan telahpun mencapai 90 peratus siap dan mengikut penerangan yang disampaikan oleh penyelia Jabatan Kerja Raya (JKR) yang hadir sama, kerja-kerja pembinaan hanya tinggal proses penurapan permukaan jalan yang akan dilaksanakan pada minggu hadapan. Apabila siap jalan perhubungan kampung ini kelak pasti akan merancakkan lagi aktiviti sosioekonomi penduduk di kawasan itu.

    “Ini membuktikan bahawa keperluan jalan perhubungan kampung sangat penting kepada rakyat terutama mereka yang berada di kawasan luar bandar seperti di kawasan Ensika Lama dan Ensika Kakus ini yang subur dengan hasil tanaman. Secara tidak langsung apabila jalan ini siap kelak dapat membantu mereka memasarkan hasil pertanian mereka,” tambah beliau lagi.

    Sekitar majlis ringkas penyerahan tapak projek kepada kontraktor oleh wakil agensi DID disaksikan sendiri Datuk Jualihi Narawi

    Selepas selesai meninjau perkembangan projek pembinaan jalan di Ensika Lama, Datuk Julaihi beserta rombongan beredar ke tapak cadangan jalan ladang yang terletak di hadapan Rumah Panjang Ensika Kakus bagi menyaksikan majlis ringkas penyerahan tapak kepada kontraktor. Agensi pelaksana DID memaklumkan bahawa jalan tersebut setelah siap dibina kelak akan memberi kemudahan kepada pekebun di kawasan itu terutama mereka yang mengusahakan ladang sawit kecil dan sederhana.

    Turut hadir sama menyaksikan majlis ringkas adalah Pegawai Tadbir Sarawak Sebuyau; Ajis Ahmad, Penghulu Merum Ak Babu, Ketua Kaum Ensika Lama; TR Sadon Ak Ason, Ketua Kaum Rumah Panjang Ensika Kakus; TR Maramat Ak Lalat, JKK Kampung dan pekebun-pekebun yang turut sama hadir.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...