More
    Home Sarawak Kuching Pemberian Dana Pemulihan bukti Kerajaan Sarawak terus menyokong komuniti PKS

    Pemberian Dana Pemulihan bukti Kerajaan Sarawak terus menyokong komuniti PKS

    KUCHING, 25 JANUARI 2024: Pemberian Dana Pemulihan atau BizFund oleh Kerajaan Sarawak membuktikan bahawa pihak kerajaan terus menyokong komuniti Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam pembangunan kapasiti dan pembangunan perusahaan negeri ini.

    Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pemberian dana ini adalah untuk menangani kekurangan pembiayaan perusahaan Sarawak untuk membangun dan meningkatkan set kemahiran yang diperlukan oleh perniagaan mereka.

    “Kami akan terus menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman mudah sehingga RM50,000 di bawah Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) untuk usahawan kami mengembangkan atau mempelbagaikan perniagaan mereka pada kadar faedah sifar atau kadar faedah rendah.

    “Bagi usahawan bumiputera dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman mudah sehingga RM250,000 disediakan di bawah Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS),” jelasnya.

    Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina 2024 ‘Sarawak Chamber of Commerce and Industry’ (SCCI) dan Anugerah Usahawan Terbaik Sarawak (EOYS) pada Rabu.

    YAB Premier dan tetamu vip lain melakukan acara Yee Sang sebagai simbolik Sambutan Tahun Baru Cina 2024

    Selain daripada itu, Datuk Amar Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II serta Menteri Perdagangan Antarabangsa Industri dan Pelaburan Sarawak berkata, Kerajaan Sarawak juga menyediakan geran melalui Graduan ke Arah Keusahawanan (GERAK), Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV) dan Program ‘Go Digital’ untuk membantu graduan, lepasan sekolah dan ahli perniagaan memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.

    Justeru, beliau menyeru agar pengusaha PKS dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang perniagaan ini sebagai sebahagian daripada rantaian bekalan untuk menyokong pelaburan domestik dan asing di Sarawak.

    Hadir sama Premier Sarawak; Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Pengerusi Business Events Sarawak; Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg, Duta Besar Perancis ke Malaysia; Tuan Yang Terutama Axel Cruau, Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching; Tuan Yang Terutama Xing Weiping, Pengerusi Penganjur; Angie Kueh, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED); Datuk Sri Mohamad Naroden Majais dan Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Premier Sarawak ketuai deligasi dalam lawatan kerja rasmi selama lima hari...

    0
    TOKYO, 16 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg selamat tiba di Tokyo, Jepun...