More
    Home Sarawak Kuching Pembatalan Proklamasi Darurat Sarawak berkuatkuasa 3 November 2021 beri laluan kepada PRN...

    Pembatalan Proklamasi Darurat Sarawak berkuatkuasa 3 November 2021 beri laluan kepada PRN Sarawak

    KUCHING, 04 NOVEMBER 2021 (SNN) : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri-ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Proklamasi Darurat di Sarawak yang diisytiharkan pada 29 Julai 2021 lalu dibatalkan berkuatkuasa 03 November 2021 selepas menerima menghadap Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Taib Mahmud pada 02 November 2021.

    Perkara itu disahkan mengikut Warta Kerajaan Persekutuan Proklamasi Darurat (Sarawak) (Pembatalan 2021) dikeluarkan Jabatan Peguam Negara pada Rabu. Pembatalan Darurat (Sarawak) dibuat selepas Yang di-Pertuan Agong mengadakan rundingan dengan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan menerima sembah nasihat daripada Perdana Menteri selepas menerima menghadap bagi mesyuarat pra-kabinet di Istana Negara.

    “Bahawasanya Beta berpuas hati bahawa keperluan Proklamasi Darurat (Sarawak) itu telah berakhir dan suatu tindakan untuk membatalkan Proklamasi Darurat itu adalah dikehendaki. Dan Bahawasanya selaras dengan Fasal (1) dan (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan Beta boleh membatalkan suatu Proklamasi Darurat:

    “Maka oleh yang demikian, Beta Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ini Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dengan Kurnia Allah, Yang di-Pertuan Agong bagi Negeri-Negeri dan wilayah-wilayah Malaysia, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada Beta sebagaimana yang tersebut di atas, setelah berunding dengan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri Sarawak menurut subseksyen 2(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 [P.U. (A) 324/2021], MEMBATALKAN Proklamasi Darurat (Sarawak). “

    Warta itu dikeluarkan berdasarkan peruntukan Fasal (1) dan (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Istana Negara pada tarikh yang sama.

    YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bagi mesyuarat pra-kabinet di Istana Negara.

    Turut dinyatakan didalam warta tersebut ialah Yang di-Pertuan Agong pada 29 Julai 2021 mengisytiharkan Darurat di Sarawak sehingga 2 Februari 2022 berikutan ancaman wabak penyakit berjangkit iaitu COVID-19.

    “Bahawasanya disebabkan oleh suatu darurat besar berlaku yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan berikutan wabak penyakit berjangkit, iaitu Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), dan untuk menghalang daripada terus merebaknya COVID-19 jika suatu pilihan raya umum ke Dewan Undangan Negeri bagi Negeri Sarawak diadakan, kata kenyataan itu.

    Dalam masa yang sama, kenyataan media Istana Negara turut menzahirkan kebimbangan Al-Sultan Abdullah terhadap keselamatan dan kesejahteraan rakyat jelata yang perlu diberi keutamaan dan sentiasa mengatasi sebarang kepentingan peribadi politik.

    “Sesungguhnya perkenan Seri Paduka Baginda kepada penamatan Proklamasi Darurat adalah satu keputusan yang sukar dan rumit. Namun, ianya diperkenankan bagi memenuhi keperluan demokrasi dan mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat pilihan serta memberi mandat dalam pembentukan kerajaan negeri yang baharu,” tegas baginda.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...