More
    Home Sarawak Kuching Pemain Industri Gas di Wilayah Sarawak wajib kemukakan Sijil ISO 29001 perbaharui...

    Pemain Industri Gas di Wilayah Sarawak wajib kemukakan Sijil ISO 29001 perbaharui lesen mulai 2026

    KUCHING, 24 SEPTEMBER 2024 (SNN): Semua pemain industri gas di wilayah ini yang ingin memperbaharui lesen operasi wajib mengemukakan sijil ISO 29001 sebagai dokumen mandatori mulai 2026.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, sijil tersebut adalah merupakan piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, khusus untuk sektor minyak dan gas.

    “Langkah ini menunjukkan kerajaan berazam untuk meningkatkan kualiti, keselamatan dan kemampanan dalam sektor minyak dan gas selain sebagai keperluan bagi melindungi kepentingan pengguna.

    “Oleh itu, saya menggesa semua pemain industri gas di Sarawak untuk mendapatkan pensijilan ISO 29001 secara proaktif sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap kecemerlangan operasi dan amalan terbaik industri,” katanya ketika berucap menyempurnakan pelancaran ‘Seminar Meningkatkan Kesedaran untuk Mencapai ISO 29001:2020’ anjuran Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM Berhad) dengan kerjasama SIRIM Academy dan SIRIM QAS International bertempat di Hotel Imperial Kuching pada Isnin.

    Dato Sri Julaihi ketika menyempurnakan gimik perasmian seminar anjuran SIRIM pada Isnin

    Mengulas lebih lanjut, Dato Sri Julaihi berharap agar pemain industri gas memberi perhatian serius kepada aspek keselamatan yang ditetapkan oleh pensijilan ISO 29001 demi membina reputasi positif dalam industri.

    “Mematuhi piawaian ini adalah penting dalam memastikan operasi yang selamat dan berkualiti, agar kita juga diiktiraf di peringkat global, terutama dalam konteks tenaga kerja yang berkemahiran,” ujarnya.

    Turut hadir sama ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti); Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak; Datuk Dr. Hazland Abang Hipni, Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Sdn Bhd; Fadhilah Muhammad, Pengarah Wilayah SIRIM Sarawak; Ts. Shahrizan Mohammad Sahmoni serta beberapa kenamaan lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...