More
    Home Dunia Pemain bola sepak, Ousmane Dembele dermakan semua wang kemenangannya untuk membina Masjid...

    Pemain bola sepak, Ousmane Dembele dermakan semua wang kemenangannya untuk membina Masjid di Maritania

    KUCHING, 27 OGOS 2021 (SNN) : Pemain Perancis yang lincah, Ousmane Dembele mengejutkan dunia apabila derma semua duit dan elaun kemenangan yang diperolehinya menang Piala Dunia untuk membina masjid di Maritinia Subhanallah. MasyaAllah.

    Selepas bersama-sama rakan sepasukannya memastikan kejuaraan Piala Dunia 2018 milik Perancis, pemain tengah Ousmane Dembele mendermakan pendapatan yang diperoleh dari persembahannya di Rusia untuk membina masjid. Difahamkan masjid berkenaan akan dibina di tanah kelahiran ibunya di Mauritania. Mauritania yang juga dikenali sebagai Republik Islam Mauritania mempunyai populasi 4 juta warga dan mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada 1960.

    Dalam saingan Piala Dunia di Rusia, pemain berumur 21 tahun yang juga mempunyai kacukan Afrika dari ayahnya itu beraksi untuk Perancis ketika menentang Australia, Peru dan Denmark. Dembele memulakan aksi di peringkat profesional dengan bermain untuk Rennes. Pada 2016, kelab Jerman Borussia Dortmund menghidu bakatnya dan seterusnya menarik Dembele mewakili pasukan itu.

    Ousmane Dembele, pemain lincah Perancis antara 15 pemain lain yang berkacukan Afrika.

    Hanya setahun selepas itu, Dembele menyertai bintang bola sepak lain untuk bermain bagi kelab gergasi Sepanyol, Barcelona. Dembele merupakan salah seorang daripada 15 pemain Perancis yang mempunyai kacukan Afrika.

    Selain Dembele, rakan sepasukannya Kylian Mbappe turut mendapat pujian ramai pihak apabila mendermakan pendapatannya dalam Piala Dunia kepada organisasi kebajikan yang menjaga kanak-kanak kurang upaya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Semua Pelajar Sarawak di IPT seluruh Malaysia layak terima Bantuan Wang...

    0
    KUCHING, 23 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak tidak mengenakan sebarang pembayaran balik ke atas Bantuan Wang Saku yang diberikan kepada pelajar-pelajar dari negeri ini yang...