More
    Home Sarawak Kapit Pelepasan air secara terkawal Empangan Bakun bermula 8 September ini

    Pelepasan air secara terkawal Empangan Bakun bermula 8 September ini

    KAPIT, 05 SEPTEMBER 2021 (SNN) : Pelepasan air secara terkawal di Empangan Hidro Elektrik Bakun akan dilaksanakan selama 5 minggu bermula 8 September sehingga 12 Oktober 2021.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), tujuan operasi pelepasan air secara terkawal ini adalah untuk membolehkan penurunan air di dalam empangan ke paras yang selamat.

    Kenyataan media Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS)

    Semasa tempoh pelepasan air ini, paras air di sebelah hilir Empangan dijangka akan mengalami peningkatan paras air.

    LSS turut menasihatkan semua pihak yang terlibat iaitu orang awam, masyarakat perkapalan dan pengguna sungai di hilir empangan supaya mengambil tindakan awal dari aspek keselamatan semasa belayar dan penggunaan di perairan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

    Pelepasan air empangan merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh pengendali empangan sejak beroperasi pada 2010.

    Bagi mendapatkan maklumat lanjut, Pusat Khidmat Masyarakat Sarawak energy Berhad boleh dihubungi melalui talian 1 300 88 3111, talian beroperasi 24 jam.-SUMBER JAPEN.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...